Harian Metro

Kehadiran bapa beri erti besar

-

Kuala Lumpur: Jaringan kemenangan menerusi ledakan voli Mohamadou Sumareh membawa erti yang sangat besar buat penyerang Pahang berkenaan.

Bukan saja ia dihadiahka­n buat semua penyokong tetapi apa yang lebih utama bagi Sumareh ialah kehadiran bapanya di Stadium Nasional Bukit Jalil, kelmarin.

Percaya atau tidak, itulah kali pertama bapa Sumareh menyaksika­n anaknya itu bermain bola sepak kerana beliau pernah menghalang hasratnya untuk menjadi pemain profesiona­l.

Sumareh atau lebih dikenali dengan panggilan ‘Keli Boy’ itu berkata, kemenangan ke atas Thailand lebih bermakna dengan kehadiran bapanya.

“Beliau melarang saya untuk menjadi pemain profesiona­l namun selepas melihat saya semakin dikenali di Malaysia, beliau mula menerimany­a. Hari ini (kelmarin) adalah hari cukup penting bagi saya, bukan saja kerana menjaringk­an gol dan dapat menggembir­akan penyokong tetapi ia juga untuk bapa saya yang datang melihat saya bermain kerana dia tak pernah lihat saya bermain sebelum ini.

“Saya yakin beliau pasti berbangga dengan saya ketika ini... menerusi pandangan matanya, saya percaya beliau gembira tetapi tidak mengungkap­kan rasa itu dengan kata-kata,” katanya.

Malaysia kini berpeluang untuk layak ke pusingan seterusnya sekali gus menjarakka­n rekod tanpa kalah di tangan Thailand di Bukit Jalil sejak 15 tahun lalu.

Thailand yang menduduki ranking ke-109 dunia, membuka jaringan seawal minit keenam menerusi Chanatip Songkrasin sebelum tuan rumah bangkit menyamakan kedudukan menerusi Brendan Gan pada minit ke-26.

Sumareh, 25, muncul wira dengan menjaringk­an gol kemenangan yang juga ledakan ketujuhnya secara peribadi di pentas antarabang­sa sejak menyarung jersi Harimau Malaya, Oktober tahun lalu.

“Saya gembira kami dapat tiga mata dan sekiranya pasukan menang dengan Indonesia selepas ini, ia akan membuka pintu untuk kami melangkah lebih jauh dan dalam bola sepak tidak ada apa yang mustahil untuk melihat Malaysia ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia