Harian Metro

Rancangan Cheng Hoe menjadi!

-

Kuala Lumpur: Ia mampu menjadi kenangan terindah buat pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe yang pantas merumuskan persembaha­n anak buahnya ketika mengalahka­n Thailand malam kelmarin sebagai yang terbaik sepanjang tahun ini.

Segala yang beliau rancangkan menjadi dan Cheng Hoe berkata, anak buahnya beraksi mantap dengan slogan ‘pantang undur’ dan akhirnya mereka berjaya memperoleh tiga mata pada perlawanan keempat Kumpulan G itu.

Beliau berkata, kemenangan kelmarin memberi motivasi kepada pemain untuk mengekalka­n momentum kemenangan pada baki empat perlawanan akan datang terutama ketika menentang Indonesia, Selasa ini.

“Seperti yang kita ketahui, Thailand membawa semua pemain terbaiknya ke Bukit Jalil namun pemain kita berikan segala-galanya untuk memastikan kemenangan berpihak kepada Malaysia.

“Perkara penting adalah pemain bersatu hati dan gol penyamaan Brendan Gan menjadi titik tolak kebangkita­n Harimau Malaya untuk terus mencari gol dan akhirnya Mohamadou Sumareh muncul penjaring kemenangan,” katanya. Harimau Malaya kini mengumpul enam mata selepas empat perlawanan dan bakal mengharung­i baki empat perlawanan selepas ini.

Sementara itu, Cheng

Hoe terpaksa melupakan khidmat dua tonggaknya iaitu Syafiq Ahmad dan Matthiew Davies pada perlawanan menentang Indonesia selepas masing-masing dikenakan kad kuning kedua.

“Sudah tentu ada pemain lain yang akan menggantik­an tempat Syafiq dan Matthiew. Mereka memang penting buat pasukan tetapi pemain lain perlu bersedia menyahut cabaran ini,” katanya.

“Pemain kita berikan segala-galanya untuk memastikan kemenangan Tan Cheng Hoe

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia