Harian Metro

FEDERER BENAM EGO DJOKOVIC

Atasi Djokovic, layak ke separuh akhir Pusingan Akhir ATP

-

Roger Federer menghasilk­an persembaha­n hampir sempurna ketika dia membalas dendam kekalahan Wimbledon di tangan Novak Djokovic, sekali gus layak ke separuh akhir Pusingan Akhir ATP dengan kemenangan 6-4, 6-3 di London awal pagi semalam.

Bintang Switzerlan­d itu memulakan kejohanan dengan langkah kiri apabila tewas kepada Dominic Thiem, namun menemui semula prestasi terbaiknya pada masa tepat.

Kekalahan Djokovic - pilihan kedua kejohanan menamatkan usahanya untuk mengambil alih tempat Rafael Nadal dan menamatkan musim 2019 sebagai pemain nombor satu dunia.

Federer yang juga pilihan ketiga dan melakukan penampilan ke-17 pada Pusingan Akhir ATP, layak ke separuh akhir buat kali ke-16 pada kejohanan penamat musim itu.

Djokovic perlu menang kejuaraan untuk berpeluang merampas tangga teratas daripada Nadal namun kini, pemain Sepanyol itu sudah sah menamatkan tahun ini sebagai pemain ranking pertama buat kali kelima, menyamai pencapaian Federer, Djokovic dan pemain Amerika Syarikat, Jimmy Connors.

“Suasana hebat, lawan hebat,” kata Federer yang melakukan 23 pukulan ‘winners’ dan hanya lima ‘unforced errors’. “Jelas ia terlalu istimewa. Saya menikmatin­ya sejak awal permainan.

“Saya bermain dengan mengagumka­n dan saya sedar perlu bertindak baik kerana itulah yang dilakukan Novak. Ia jelas satu detik ajaib.”

Federer berakhir sebagai naib juara Kumpulan Bjorn Borg, di belakang Thiem yang turut mengalahka­n Djokovic awal minggu ini. Pemain Switzerlan­d itu akan berdepan juara Kumpulan Andre Agassi, hari ini.

“Suasana hebat, lawan hebat Roger Federer

 ??  ??
 ??  ?? AKSI Djokovic ketika perlawanan bertemu Federer, pagi semalam.
AKSI Djokovic ketika perlawanan bertemu Federer, pagi semalam.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia