Harian Metro

HUKUM SI ‘PENGOTOR’

KPKT cadang ambil gambar penduduk PPR yang gemar buang sampah merata-rata

- Oleh Ibrahim Isa am@hmetro.com.my

Penduduk Program Perumahan Rakyat (PPR) di seluruh negara yang gemar membuang sampah merata-rata bakal dihukum apabila gambar mereka akan ditampal untuk tatapan umum.

Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bercadang memulakan gerakan mengambil gambar dan memaparkan penduduk yang gemar membuang sampah sebagai pengajaran.

Menterinya, Zuraida Kamarudin, berkata gerakan itu akan dimulakan selepas pelancaran kempen ‘Saya Berani Menegur’ bulan depan.

Katanya, langkah itu bagi mengikis stigma dan label pengotor yang sering dikaitkan masyarakat terhadap penduduk di kawasan PPR seluruh negara.

“KPKT amat serius memastikan kawasan persekitar­an kediaman terutama

PPR selepas ini berada dalam keadaan bersih sepanjang masa malah sudah melancarka­n Program Eko Komuniti #trashtocas­h Selasa lalu, bagi mengubah tabiat pengotor segelintir penduduk di situ.

“Kami bercadang menggerakk­an usaha mengambil gambar dan memaparkan tabiat pengotor segelintir penduduk kemudian di tampal di kawasan tumpuan penduduk termasuk di papan notis PPR.

“Kami akan menggerakk­an anggota bomba komuniti dan sukarela. Malah penduduk boleh ambil gambar golongan degil ini dan paparkan tabiat mereka membuang sampah merata-rata,” katanya selepas melancarka­n Program Eko Komuniti #trashtocas­h di PPR Desa Mutiara, Tebrau, di sini, semalam.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankua­sa Perumahan, Komunikasi dan Multimedia, Dzulkefly Ahmad dan Pengerusi Jawatankua­sa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan, Mohd Khuzzan Abu Bakar.

Selasa lalu, KPKT melancarka­n Program Eko Komuniti bagi menggalakk­an pembabitan komuniti setempat terutamany­a penduduk di PPR dalam menjaga kebersihan dan mengutamak­an kesihatan.

Selain itu, ia juga membantu meningkatk­an kesedaran komuniti mengenai kepentinga­n pengasinga­n sampah di samping membantu menjana pendapatan sampingan dengan sampah yang dikitar semula.

PPR Bagan Jaya menjadi lokasi pertama pelancaran program berkenaan manakala pelancaran di PPR Desa Mutiara, Tebrau, Johor diadakan hari ini (semalam).

 ??  ?? ZURAIDA (dua dari kanan) meninjau kawasan perumahan PPR Desa Mutiara Johor Bahru.
ZURAIDA (dua dari kanan) meninjau kawasan perumahan PPR Desa Mutiara Johor Bahru.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia