Harian Metro

FINLAND MARA

Muncul naib juara Kumpulan J dengan 18 mata

- Reuters

Satu usaha fantastik oleh pemain. Saya terlalu bangga, ia satu perjalanan menakjubka­n yang terlalu bermakna buat rakyat Finland”

Teemu Pukki

Penyerang Finland, Teemu Pukki meledak dua gol bagi membantu kemenangan 3-0 pasukannya ke atas Liechtenst­ein sekali gus menempah tiket ke pusingan akhir Euro 2020 buat kali pertama dalam sejarah bola sepak negara itu.

Kemenangan itu menyaksika­n mereka muncul naib juara Kumpulan J dengan 18 mata, sembilan mata di belakang juara kumpulan, Itali yang menewaskan Bosnia-Herzegovin­a 3-0.

Liechtenst­ein berjaya mengekang asakan tuan rumah hinggalah minit ke-21 apabila Pukki mula menunjukka­n belangnya.

Dia kehilangan bola namun Jasse Tuominen berjaya merampas kembali sebelum merembat masuk bagi gol pembukaan.

Pukki mengesahka­n tempat Finland ke pusingan akhir tahun depan selepas Pyry Soiri dijatuhkan dalam kotak penalti oleh Livio Meier. Dia tenang menyempurn­akan penalti pada minit ke-64 bagi gol kelapannya pada kempen kelayakan.

Dia melengkapk­an satu persembaha­n individu mengagumka­n dengan gol keduanya 11 minit kemudian, merampas bola sebelum menggelece­k penjaga gol lawan.

Sekalipun pertahanan Liechtenst­ein, Andreas Malin berjaya menampan percubaan awalnya, Pukki meluru untuk merembat masuk bola yang membias.

“Saya tak tahu nak kata apa-apa. Saya tidak pernah gementar sebegini sebelum satu perlawanan tapi saya mengalamin­ya hari ini,” kata Pukki ketika penyokong menyerbu padang untuk meraikan kejayaan itu.

Ketika bunga api dan mercun dibakar di sekitar stadium, jurulatih Markku Kanerva memuji pemainnya berikutan kempen cemerlang mereka.

“Satu usaha fantastik oleh pemain. Saya terlalu bangga, ia satu perjalanan menakjubka­n yang terlalu bermakna buat rakyat Finland,” katanya.

 ??  ?? PENYOKONG Finland meraikan kejayaan pasukan mereka ke atas Liechtenst­ein sekali gus menempah tiket ke pusingan akhir Euro 2020 buat kali pertama dalam sejarah bola sepak negara itu.
PENYOKONG Finland meraikan kejayaan pasukan mereka ke atas Liechtenst­ein sekali gus menempah tiket ke pusingan akhir Euro 2020 buat kali pertama dalam sejarah bola sepak negara itu.
 ??  ?? PUKKI (kanan) meraikan kejayaan menjaringk­an gol bersama Juha Pirinen, semalam.
PUKKI (kanan) meraikan kejayaan menjaringk­an gol bersama Juha Pirinen, semalam.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia