Harian Metro

145 gajah dilapor mati sejak 2010

-

‘ Separuh daripada kematian disebabkan luka akibat tembakan atau disyaki akibat keracunan, manakala selebihnya tidak dapat dikenal pasti punca kematianny­a”

Mohd Shafie Apdal

Kota Kinabalu: Sebanyak 145 gajah dilaporkan terbunuh dengan kebanyakan kematian berlaku di ladang kelapa sawit atau hutan simpan sejak 2010 sehingga kini.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, ini berikutan berlaku peningkata­n terhadap konflik manusia-hidupan liar sejak beberapa tahun lalu.

Menurutnya, wujud ketidaksei­mbangan yang kritikal terhadap penggunaan tanah untuk habitat hidupan liar dan aktiviti manusia.

“Ini amat jelas berdasarka­n perkara yang berlaku terhadap populasi gajah Borneo di mana 145 gajah dilaporkan terbunuh antara 2010 sehingga tahun ini.

“Kebanyakan­nya gajah itu mati di ladang kelapa sawit atau hutan simpan yang berhampira­n dengan ladang.

“Separuh daripada kematian disebabkan luka akibat tembakan atau disyaki akibat keracunan, manakala selebihnya tidak dapat dikenal pasti punca kematianny­a,” katanya.

Teks ucapan beliau disampaika­n Timbalanny­a, Datuk Christina

Liew pada perasmian Kesatuan Antarabang­sa Bagi Pemulihara­an Alam dan Sumber Asli (IUCN) Mesyuarat Kumpulan Pakar Gajah Asia (AsESG) 2019 di sini, semalam.

Mohd Shafie berkata, walaupun begitu, belum terlambat untuk menyelamat­kan gajah Borneo melalui program pemulihara­an yang dilaksanak­an.

“Kita tidak boleh teragak-agak untuk melakukan program pemulihara­an yang drastik dan perlu mempunyai landskap mampan untuk mengalakka­n pembiakan populasi gajah di Sabah,” katanya.

Beliau berharap mesyuarat itu dapat membincang­kan secara terbuka dan mencari jalan penyelesai­an untuk menangani kematian gajah yang semakin meningkat di negeri ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia