Harian Metro

Sedia gerak aset bantu mangsa banjir

-

Kota Samarahan: Pemerintah­an Medan Timur Tentera Darat (PMTTD) bersedia menggerakk­an aset dan anggotanya bagi membantu operasi banjir di negeri ini.

Panglimany­a, Leftenan Jeneral Datuk Wira Zamrose Mohd Zain berkata, ia menjadi tanggungja­wab pihaknya untuk menghulur bantuan kepada mereka yang ditimpa bencana.

“Kami sudah mendapat arahan sejak September lalu untuk siap siaga ketika banjir, tetapi Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) belum meminta bantuan.

“Persediaan (bantuan) itu sudah ada dan akan digerakkan jika mendapat arahan daripada Nadma,” katanya pada sidang media selepas Pertanding­an Menembak Bersama Media di Kem Muara Tuang, di sini, kelmarin.

Beliau berkata, arahan juga sudah dikeluarka­n kepada setiap divisyen dan briged untuk memantau kawasan tanggungja­wab masing-masing sekiranya berlaku banjir.

“Ini bagi memastikan operasi membantu mangsa banjir berjalan lancar. Setakat ini, kami mempunyai kelengkapa­n dan anggota yang cukup bagi menjalanka­n operasi banjir,” katanya.

Sementara itu, jurucakap

Kami sudah mendapat arahan sejak September lalu untuk siap siaga ketika banjir, tetapi Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) belum meminta bantuan”

Zamrose Mohd Zain

Sekretaria­t Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Mejar Ismail Mahedin berkata, satu pusat pemindahan di negeri ini iaitu di Limbang sudah dibuka sejak jam 11 pagi semalam.

“Pusat ini dibuka bagi membantu tiga keluarga membabitka­n 18 mangsa yang terjejas akibat banjir,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia