Harian Metro

Not RM10 ‘temui’ pemilik

Juruwang baik hati, gadis rindukan ayah raikan bersama pertemuan mereka

- Oleh Rizanizam Abdul Hamid am@hmetro.com.my

“Ketika menerima not RM10 ini daripada pelanggan bank akhir November lalu, saya tersentuh membaca tulisan pada duit dan nekad mencari pemiliknya.

“Saya pernah kehilangan ibu sebab itu saya faham perasaan pemilik duit itu yang kehilangan ayah seperti dicoretkan pada wang berkenaan,” kata Norhaizali­fa Othman, 38, yang memuat naik gambar not RM10 di Facebook (FB), 30 November lalu sehingga kembali diserahkan kepada pemiliknya, Y Anne Malar, 26, semalam.

Menceritak­an semula kisah perjalanan not RM10 itu, Norhaizali­fa yang bekerja sebagai juruwang bank di Batu Berendam di sini, berkata, dia menerima duit terbabit daripada pelanggan bank pada akhir November lalu.

“Selesai urusan di kaunter, saya menukar duit berkenaan dengan wang sendiri dan hanya terfikir memuat naik di FB untuk membantu mencari pemiliknya empat hari selepas itu.

“Tidak sampai dua hari, ia dikongsi lebih 28,000 kali sehingga pemiliknya, Anne menghantar mesej di FB saya pada jam 11.33 malam 1 Disember lalu,” katanya ketika ditemui Harian Metro sewaktu penyerahan not RM10 itu kepada Anne di sebuah restoran makanan segera di Batu Berendam di sini, semalam.

Menurutnya, sebaik dihubungi Anne, kegembiraa­nnya sukar digambarka­n apatah lagi selepas membaca komen netizen yang mendoakan kebaikan hidupnya walaupun usahanya hanya sekecil RM10.

Norhaizali­fa berkata, dia dapat mengagak pemilik not RM10 itu mungkin berbangsa Cina atau India berdasarka­n penggunaan dad

(ayah) yang tertulis di wang berkenaan namun ia bukan halangan untuk membantu.

“Agama dan bangsa bukan halangan untuk kita berkasih sayang sesama manusia apatah lagi jika kehilangan itu adalah pemberian terakhir daripada orang tersayang.

“Saya pernah kehilangan ibu pada 2011, jadi saya tahu perasaan Anne yang kesedihan selepas kehilangan ayah pada 2010,” katanya.

Sementara itu, Anne yang juga anak bongsu daripada lapan beradik berkata, pertemuan semula dengan not berkenaan dianggap hadiah bermakna sempena Krismas 25 Disember ini.

“Selama lapan tahun duit itu berada dalam jagaan saya bermula 21 Mei 2010 hinggalah ia hilang selepas beg duit dicuri berhampira­n Pantai Klebang di sini, 1 September tahun lalu.

“Walaupun meletakkan harapan tinggi untuk menjumpai wang terakhir pemberian ayah, saya tidak sangka ia dapat ditemui semula selepas setahun kehilangan­nya.

“Terima kasih tidak terhingga kepada Kak Hyza (Norhaizali­fa) yang sanggup bersusah payah mencari pemilik wang ini walaupun hanya bernilai RM10,” katanya menahan tangisan.

Harian Metro 2 Disember lalu menyiarkan bagaimana kuasa media sosial akhirnya mempertemu­kan semula Anne dengan not RM10 pemberian terakhir mendiang bapanya, P Yesudass sebelum terbabit dengan kemalangan jalan raya.

Segala-galanya bermula selepas pemilik akaun FB bernama Hyza Ezany (Norhaizali­fa) memuat naik gambar not RM10 pada 30 November lalu dengan tujuan meminta pertolonga­n menjejaki pemilik duit berkenaan.

Selepas menghubung­i Norhaizali­fa, Anne yang bekerja sebagai jurutera di Singapura menetapkan tarikh hari ini untuk bertemu.

Norhaizali­fa menyerahka­n not RM10 itu yang diletakkan bersama bingkai sebagai tanda kenangan mereka berdua.

Saya tidak sangka ia dapat ditemui semula selepas setahun kehilangan­nya

Anne

 ??  ?? NORHAIZALI­FA menyerahka­n not RM10 yang dibingkaik­an kepada Anne di Batu Berendam, semalam.
NORHAIZALI­FA menyerahka­n not RM10 yang dibingkaik­an kepada Anne di Batu Berendam, semalam.
 ??  ?? NORHAIZALI­FA dan Anne meraikan bersama selepas wang RM10 diserahkan kepadanya.
NORHAIZALI­FA dan Anne meraikan bersama selepas wang RM10 diserahkan kepadanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia