Harian Metro

SARAH MAHU CUBA BERLAKON

Hampir putus asa dalam kerjaya nyanyian selepas sertai pelbagai program dan keluarkan satu single

- Oleh Syafil Syazwan Jefri syafil.syazwan@ hmetro.com.my

Ujian dan dugaan bergelar anak seni tidaklah seindah populariti yang dilihat penonton dan peminat.

Bagi penyanyi,

Sarah Fazny, dia sendiri berdepan dengan pelbagai ujian terutama sepanjang tahun lalu.

Menurut penyanyi berusia 25 tahun itu, disebabkan kurang sambutan dan perjalanan karier seninya yang tampak seperti kurang bergemerla­pan, pernah tercetus di hatinya untuk meninggalk­an industri muzik.

“Laluan saya penuh dengan cabaran. Kadangkada­ng ia memberikan saya semangat dan rasa seperti satu pencapaian, namun belum ada tuah untuk saya,” katanya.

Menurut Sarah, dia mencuba nasib dengan melakukan pelbagai perkara untuk mempertaru­hkan bakat seni dalam dirinya.

“Selepas mendapat tempat ketiga dalam program realiti Mentor Legend dan keluarkan satu single, nama saya malap. Kemudian, saya cuba sekali lagi sertai program realiti TV Duo Star dan keluarkan single. Namun, sekali lagi nama saya tenggelam semula.

“Saya tak berputus asa dan cuba pula sertai D’Academy Asia, namun selepas selesai perkara sama berulang lagi. Kadang-kadang saya terfikir apa lagi yang perlu saya buat dan pernah terdetik untuk berhenti saja,” katanya.

Katanya, orang-orang terdekat di sekeliling­nya juga terkejut dengan katakata yang keluar daripada mulutnya itu.

“Keluarga dan rakanrakan terdekat terkejut dengan kata-kata saya kerana mereka tahu saya sangat bersemanga­t untuk menjadi penyanyi. Memang tahun 2019 adalah tahun paling sukar untuk saya,” katanya.

Menurut Sarah, tahun ini dia ingin mencuba nasib sebagai pelakon pula.

“Zaman sekarang, artis pun tak boleh hanya melakukan satu kerja.

Jadi, kalau ada peluang, saya nak cuba nasib dalam bidang lakonan pula.

“Mahu atau tidak, saya kena cuba belajar sesuatu yang baru untuk mempersiap­kan diri berdepan pelbagai ujian lain di dalam industri hiburan,” katanya.

Terbaru, Sarah hadir dengan single baru yang dilancarka­n pada Disember lalu berjudul Mantankan Saja.

“Lagu ini adalah hasil ciptaan komposer dari Indonesia iaitu Faishal Rizal. Menariknya, ini adalah karya pertama yang saya sendiri hasilkan liriknya.

“Harapan saya, semoga buah tangan terbaru saya ini mendapat tempat di hati pendengar di Malaysia dan Indonesia,” katanya.

Keluarga dan rakan-rakan terdekat terkejut dengan katakata saya kerana mereka tahu saya sangat bersemanga­t untuk menjadi penyanyi. Memang tahun 2019 adalah

tahun paling sukar untuk saya

SARAH

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia