Harian Metro

JERAT ‘BIGO LIVE’

Lelaki menyamar Datuk tawar kerja gaji lumayan sebelum perkosa mangsa

- Oleh Nurul Hidayah Bahaudin nurul.hidayah@hmetro.com.my

Mangsa dibawa ke sebuah bilik sebelum suspek memaksa mangsa membuka pakaian lalu merogolnya

Sumber

Tawar pekerjaan dengan gaji lumayan kepada gadis bawah umur sebelum merogol mereka. Itu helah seorang lelaki memperkena­lkan diri berpangkat Datuk yang menggunaka­n aplikasi Bigo Live untuk mencari mangsa.

Bagaimanap­un, helah lelaki berusia 48 tahun itu terbongkar selepas dia ditahan polis di rumahnya di Kajang jam 2 petang, kelmarin.

Sumber berkata, dalam kejadian Isnin lalu, mangsa berusia 14 tahun menerima pelawaan suspek untuk melihat ruang pejabat miliknya dan pelajar terbabit dijemput lelaki berkenaan di sekolah menggunaka­n keretanya sebelum mereka pergi ke rumah kedai terbabit.

“Mangsa memaklumka­n dia mengenali suspek awal Januari lalu melalui aplikasi

Bigo Live dan memperkena­lkan diri berpangkat Datuk.

“Sejak itu, mangsa sering berhubung dengan suspek melalui aplikasi itu dan lelaki terbabit menawarkan peluang pekerjaan sebagai pembantu peribadi dengan tawaran gaji RM5,000 sebulan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Katanya, sebaik tiba di lokasi, suspek mengajak mangsa ke pejabat yang terletak di tingkat atas bangunan rumah kedai berkenaan yang sunyi dan tidak berpenghun­i.

“Mangsa hanya mengikut suspek naik ke tingkat atas dan tidak mencurigai apa-apa kerana lelaki itu menyatakan pejabat berkenaan dalam proses ubah suai. Mangsa dibawa ke sebuah bilik sebelum suspek memaksa mangsa membuka pakaian lalu merogolnya.

“Suspek kemudian menghantar mangsa di hadapan sebuah pasar raya di Serdang. Pelajar itu juga diugut dicederaka­n sekiranya melaporkan perkara terbabit kepada polis,” katanya yang memaklumka­n mangsa diselamatk­an orang awam yang menghubung­i keluargany­a.

Katanya, pemeriksaa­n doktor mengesahka­n keadaan mangsa dan dia dilaporkan trauma serta menerima rawatan di hospital. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang pelajar sekolah menengah memaklumka­n dirogol lelaki terbabit di sebuah rumah kedai di Bandar Baru Bangi di sini, Isnin lalu.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang menahan suspek di rumahnya di Kajang kira-kira jam 2 petang.

“Kami percaya suspek terbabit dengan beberapa kes rogol lain dengan menggunaka­n modus operandi sama iaitu memerangka­p mangsa melalui tawaran kerja sebagai pembantu sambilan dengan gaji lumayan menerusi aplikasi Bigo Live,” katanya.

Ahmad Dzaffir berkata, pihaknya turut menerima satu lagi laporan kes rogol membabitka­n modus operandi sama pada 13 Januari lalu.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes itu atau mana-mana kejadian yang membabitka­n modus operandi sama diminta menghubung­i Pegawai Penyiasat, Inspektor Noorlaila Kairudin di 0192299906 atau hubungi balai polis berhampira­n,” katanya.

Suspek direman tujuh hari bermula semalam hingga 23 Januari ini mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

 ??  ?? SUSPEK (baju merah) dibawa ke Mahkamah Majistret Kajang untuk permohonan reman, semalam.
SUSPEK (baju merah) dibawa ke Mahkamah Majistret Kajang untuk permohonan reman, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia