Harian Metro

717 pelajar di Selangor dijangkiti Influenza A, H1N1

-

Shah Alam: Angka menggusark­an apabila bilangan pelajar dijangkiti wabak Influenza A dan H1N1 di Selangor terus meningkat kepada 717 pelajar berbanding 387 pelajar, kelmarin.

Pengarah Pendidikan Selangor, Dr Mahanom Mat Sam berkata, setakat jam 9 pagi semalam, Petaling Perdana mencatatka­n jumlah tertinggi iaitu membabitka­n 185 pelajar daripada 62 sekolah manakala Klang mempunyai 143 kes daripada 51 sekolah diikuti Petaling Utama dengan 102 kes daripada 32 sekolah dan Sepang dengan 84 kes daripada 17 sekolah.

Menurutnya, Gombak mencatatka­n 76 kes daripada 29 sekolah manakala Hulu Langat (65 kes daripada 31 sekolah), Kuala Langat (27 kes daripada 11 sekolah), Hulu Selangor (18 kes daripada enam sekolah), Sabak Bernam (sembilan kes daripada tiga sekolah) dan Kuala

Selangor (lapan kes daripada enam sekolah).

“Semua pelajar berkenaan sudah menerima rawatan di klinik dan hospital serta dilaporkan stabil.

“Pelajar terbabit diberi cuti rehat dan dinasihatk­an dikuaranti­n di rumah dalam tempoh tiga hingga tujuh hari. Data berkenaan diperoleh daripada Pejabat Pendidikan Daerah,” katanya, semalam.

Dalam pada itu, Dr Mahanom berkata, tiada sekolah atau kelas di negeri ini ditutup susulan wabak itu.

“Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) menjalanka­n langkah pencegahan dan mitigasi di semua sekolah yang dikategori­kan Influenza Like Illness (ILI).

“Hingga kini, 15 sekolah menjalani mitigasi dan penyahkuma­n secara menyeluruh. Proses ini akan diteruskan kepada 10 lagi sekolah,” katanya.

15 sekolah menjalani mitigasi dan penyahkuma­n secara menyeluruh

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia