Harian Metro

Pelaksanaa­n bermula 1 Februari ini

-

Kuala Lumpur: Penguranga­n kadar tol 18 peratus bagi pengguna kenderaan persendiri­an di semua lebuh raya milik Plus Malaysia Bhd (Plus) dilaksanak­an seawal 1 Februari ini.

Pejabat Perdana Menteri memaklumka­n keputusan itu diputuskan Kabinet pada Rabu lalu bagi memastikan tiada kenaikan kadar tol sehingga tempoh konsesi tamat pada 2058.

Pada masa sama katanya, kerajaan juga dianggarka­n dapat menjimatka­n RM42 bilion sepanjang tempoh 38 tahun berkenaan bermula tahun ini.

“Walaupun sebelum ini perjanjian konsesi memperuntu­kkan kenaikan kadar tol berperingk­at, keputusan terbaharu ini memastikan tiada kenaikan kadar tol sehingga tempoh konsesi tamat selama 38 tahun iaitu dari 2020 hingga 2058.

“Tiada sebarang bayaran dibuat kerajaan kepada Plus sebagai timbal balas berikutan penguranga­n kadar tol berkenaan.

“Kerajaan tidak lagi menanggung beban membayar pampasan kepada Plus apabila kerajaan bakal mendapat penjimatan RM42 billion sepanjang tempoh konsesi,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Kelmarin, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumka­n bayaran tol semua lebuh raya milik PLUS diturunkan 18 peratus tahun ini dan kadar itu kekal sehingga tamat tempoh konsesi lanjutan pada 2058.

Dr Mahathir berkata, langkah itu diambil selepas kerajaan memutuskan tidak menjual Plus kepada mana-mana pihak dan mengekalka­n pemilikan sahamnya oleh Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Pejabat Perdana Menteri memberitah­u lebuhraya terbabit di bawah konsesi Plus adalah Lebuhraya Utara Selatan termasuk Lebuhraya Baru Lembah Kelang (NKVE), Lebuhraya Utara-Selatan Lingkaran Tengah (Elite), Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia – Singapura (Linkedua), Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT 2), Lebuhraya Seremban–Port Dickson (SPDH), Lebuhraya Butterwort­h–Kulim (BKE) dan Jambatan Pulau Pinang (JPP).

Memberi contoh kadar penguranga­n berkenaan, katanya kadar tol di Lebuhraya Utara Selatan berkurang daripada 13.6 sen/kilometer (km) kepada 11.15 sen/km selepas penguranga­n kadar tol 18 peratus dilaksanak­an dan kadar tol baharu itu lebih rendah daripada kadar tol pada 1999 (11.24 sen/km).

“Ini bermakna kadar tol Jalan Duta ke Alor Setar ditetapkan kepada RM45.50 berbanding RM55.50, manakala kadar tol Jalan Duta ke Skudai menurun RM38.50 daripada RM47.00 sekarang,” katanya.

 ??  ?? KERAJAAN beri jaminan tiada kenaikan tol di semua lebuh raya Plus sehingga 2058.
KERAJAAN beri jaminan tiada kenaikan tol di semua lebuh raya Plus sehingga 2058.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia