Harian Metro

JIMAT KOS, RINGAN BEBAN

- Oleh Amir Abd Hamid amir_hamid@mediaprima.com.my

Rata-rata orang ramai tidak sabar menunggu tarikh sebenar rancangan penurunan 18 peratus kadar tol kendalian Lebuhraya Plus Malaysia Bhd (Plus) seperti diumumkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, kelmarin.

Tinjauan Harian Metro mendapati kebanyakan mereka menyifatka­n sekarang waktu terbaik kerajaan mengurangk­an kos sara hidup rakyat yang semakin tinggi khususnya bagi golongan isi rumah berpendapa­tan rendah (B40).

Juruteknik peralatan bioperubat­an, Zulfarhan Razak, 32, berkata, selain penurunan kadar tol, dia berharap kerajaan mengambil langkah serius menurunkan harga barang keperluan.

“Banyak kadar tol diturunkan itu. Sekurang-kurangnya kos berkenaan sekiranya saya pulang ke kampung halaman di Taiping, Perak boleh digunakan untuk hal lain seperti makanan.

“Rakyat menyambut baik pengumuman ini dan pada masa sama tertunggu-tunggu pelaksanaa­n mekanisme caj kesesakan diumumkan sebelum ini menggantik­an kutipan tol.

“Tahun lalu kerajaan cadangkan kadar tol dihapuskan sama sekali pada waktu off-peak antara jam 11 malam dan 5 pagi apabila penggunaan lebuh raya adalah percuma,” katanya.

Posmen, Muhammad Nurhelmi Mat Akhir, 25, berkata, setakat ini dia belum merasai kesan penurunan kadar tol Plus 18 peratus itu kerana belum dilaksanak­an.

Tahun lalu kerajaan cadangkan kadar tol dihapuskan sama sekali pada waktu off-peak antara iaitu jam 11 malam dan 5 pagi apabila penggunaan lebuh raya adalah percuma”

Zulfarhan Razak

Isteri saya suri rumah. Jadi, sebagai tonggak utama keluarga, pengumuman ini melegakan sekali gus ada sedikit penjimatan khususnya ketika balik kampung”

Muhammad Nurhelmi

Mat Akhir

Namun, dia yang berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan dan memiliki seorang anak berusia dua tahun berpendapa­t pengumuman mengenai sebarang kos sara hidup pasti memberi kelegaan kepada rakyat.

“Isteri saya suri rumah.

Jadi, sebagai tonggak utama keluarga, pengumuman ini melegakan sekali gus ada sedikit penjimatan khususnya ketika balik kampung,” katanya.

Jurutera syarikat swasta, Khairul Anuar Nor Azli, 33, yang berasal dari Bachok, Kelantan berharap kerajaan turut menurunkan kadar tol untuk laluan lebuh raya ke pantai timur.

Apapun, katanya, penurunan

Aman‘ kadar tol Plus itu dapat mengurangk­an perbelanja­an tol ulang-alik kerja dari rumah di

Putri, Sungai Buloh ke Kota Damansara yang ketika ini dianggarka­n RM200 sebulan.

“Kos ulang-alik kerja boleh dikurangka­n. Saya harap kos balik kampung ke Kelantan juga dijimatkan sekiranya kerajaan sudi menurunkan kadar tol lebuh raya ke pantai timur,” kata bapa seorang anak berusia tiga tahun hasil perkahwina­n dengan suri rumah, Siti Hanisah Zainuddin, 30.

Kelmarin, tanpa menjelaska­n tarikh sebenar pelaksanaa­n, Perdana Menteri mengumumka­n kadar tol di semua lebuh raya kendalian Plus diturunkan 18 peratus tahun ini bagi mengurangk­an kos sara hidup rakyat.

Konsesi Plus merangkumi Lebuhraya Utara-Selatan,

Kos ulang-alik kerja boleh dikurangka­n. Saya harap kos balik kampung ke Kelantan juga dijimatkan sekiranya kerajaan sudi menurunkan kadar tol lebuh raya ke pantai timur”

Khairul Anuar Nor Azli

Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH), Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia - Singapura (Linkedua), Jambatan Pulau Pinang, Lebuhraya Butterwort­h-Kulim (BKE) dan Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite).

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia