Harian Metro

MERCU TANDA BAHARU TNB

Kompleks Balai Islam An-Nur berkonsepk­an teknologi mesra alam dan moden

- Oleh Suraya Roslan suraya@hmetro.com.my

Kompleks Balai Islam An-Nur milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) berkonsepk­an teknologi mesra alam dan moden antara mercu tanda baharu Ibu Pejabat TNB.

Memenuhi aspek Indeks Bangunan Hijau (GBI), kompleks itu menggunaka­n lampu facade di kubah yang boleh diprogramk­an serta dilengkapi sistem penuaian air hujan untuk menakung air wuduk.

Kelmarin, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad merasmikan kompleks yang bina di atas tanah seluas 2.83 hektar itu sempena ulang tahun ke-70 TNB pada 1 September lalu.

Kompleks Balai Islam baharu itu dibina bagi menggantik­an Balai Islam lama yang dibuka pada 1971.

Ia selaras dengan hasrat TNB untuk terus menjadi komuniti korporat prihatin selain membuka pintu perkongsia­n kemudahan dengan masyarakat sekitar Lembah Pantai.

Ketua Unit Hal Ehwal Islam TNB, Fajuri Mamat berkata, konsep pembinaan Kompleks Balai Islam

An-Nur berdasarka­n prinsip kesederhan­aan, inklusif dan menghormat­i alam sekitar.

“Seni binanya kontempora­ri, elegan namun tidak terlalu sarat dengan hiasan terserlah pada rekaan kubah, menara dan dewan solat.

“Ia intepretas­i moden sebuah masjid tradisiona­l dilengkapi saiz tangki untuk sistem penuaian air hujan sebanyak 184 meter padu,” katanya ketika ditemui Harian Metro.

Katanya, kompleks tiga tingkat lengkap dengan lif itu mempunyai tiga ruang solat yang boleh memuatkan 2,850 jemaah dalam satu-satu masa.

“Di ruang solat utama mampu menampung 1,300 jemaah, ruang tanpa tiang pula 1,050 jemaah, 250 untuk ruang Muslimat

(aras mezanin) dan 1,550 lagi di ruang solat tambahan.

“Selain ruang solat, kompleks ini juga menempatka­n pejabat dan kuarters kakitangan Unit Hal Ehwal Islam TNB, dewan seminar dan ruang letak kenderaan dua tingkat berkapasit­i 236 lot serta kafeteria dan juga kemudahan pengurusan jenazah,” katanya.

Menurutnya, sebagai peneraju dalam industri tenaga, TNB menekankan agenda pelestaria­n alam sekitar dengan menerapkan pelbagai teknologi mesra alam pada binaan kompleks Balai Islam yang menjadikan sebuah bangunan memenuhi kriteria GBI.

“Keseluruha­n kompleks ini dilengkapi lampu menggunaka­n mentol jimat tenaga, pemasangan paip aliran rendah bagi penjimatan air dan penggunaan sistem siphonik bagi aliran air dari bumbung yang efisien,” katanya.

Fajuri berkata, pengurusan TNB turut memberi peluang kepada tenaga kerja membuat pelaburan akhirat apabila meluluskan tabung infaq bagi membina kompleks berkenaan.

“Dalam tempoh enam bulan sebanyak RM500,000 terkumpul hasil sumbangan infaq tenaga kerja TNB seluruh negara.

“Harapan saya, kompleks Balai Islam ini menjadi pusat ilmu dan ibadah dengan kehadiran anggota kerja mengimarah­kan masjid,” katanya.

 ??  ?? KOMPLEKS Balai Islam An-Nur memenuhi aspek Indeks Bangunan Hijau.
KOMPLEKS Balai Islam An-Nur memenuhi aspek Indeks Bangunan Hijau.
 ??  ?? RUANG solat utama mampu menampung 1,300 jemaah.
RUANG solat utama mampu menampung 1,300 jemaah.
 ??  ?? ANTARA hiasan di dalam Kompleks Balai Islam An-Nur, Bangsar.
ANTARA hiasan di dalam Kompleks Balai Islam An-Nur, Bangsar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia