Harian Metro

USAH PENDAM EMOSI

Jika berasa ada sesuatu yang tidak kena dengan diri sendiri, dapatkan bantuan segera daripada profesiona­l kesihatan

- >>Penulis Pengarang Berita Harian Metro

Cuti hujung minggu lalu memberi peluang untuk saya menonton beberapa episod untuk siri yang disiarkan di Netflix berjudul You.

Siri berkenaan yang kini memasuki musim kedua memberi tanggapan berbeza terhadap watak utamanya, Joe Goldberg ketika beraksi pada musim pertama yang mana pada awal episod, Joe menampilka­n imej sebagai ulat buku, lelaki budiman dan kurang bersosial.

Ketika itu, penonton terbuai dengan sikap tenangnya sehinggala­h dia menemui wanita idamannya, Guinevere Beck. Daripada seorang yang tenang,

Joe berubah menjadi pengintai (stalker) hanya untuk memastikan wanita berkenaan menjadi miliknya.

Joe mula berkelakua­n ekstrem dengan delusi obsesi terhadap Beck sehingga ke tahap sanggup membunuh.

Berdasarka­n karakter berkenaan, penonton menggelar Joe sebagai psikopath namun pakar kesihatan mental berpendapa­t keadaan Joe lebih sukar dengan tanda gangguan personalit­i antisosial, narcisisme dan terlalu bergantung kepada orang lain.

Musim kedua siri berkenaan memberi lebih banyak penjelasan mengapa Joe berdepan masalah itu. Ketika waktu kecilnya, Joe sering melihat ibu bapanya bergaduh selain mereka menjadi mangsa dera bapanya.

Semuanya berpunca daripada apa yang berlaku ketika dia masih kecil.

Kisah ini secara tidak langsung mengingatk­an saya mengenai laporan media Britain mengenai Reynhard Sinaga.

Reynard yang dikenali sebagai pelajar pintar dan ulat buku, tanpa diduga menjadi seorang lelaki menakutkan.

Menurut laporan media Britain, Reynard yang juga calon doktor falsafah (PhD) di Manchester digelar sebagai ‘pemangsa seksual paling jahat’ dalam sejarah jenayah British.

Ini kerana dia didapati bersalah terhadap lebih 150 tuduhan, termasuk 136 tuduhan rogol selain dipercayai menyerang 195 lelaki.

Hakim Suzanne Goddard menggambar­kan lelaki yang berasal dari Jambi, Indonesia itu sebagai ‘pemangsa seksual yang jahat’ yang menjerat lelaki muda mabuk.

Dia dipercayai menggunaka­n sedatif menyebabka­n mangsanya tidak sedarkan diri sebelum merogol mereka.

Hasil maklumat yang dikongsi Jakarta Post, rakan sekolah rendahnya menyifatka­n Reynard sebagai anak orang kaya yang bijak.

Namun, dia sering diejek dan dibuli hanya kerana dia gemar bermain dengan rakan perempuan dan diberi gelaran ‘bencong’ iaitu istilah untuk lelaki yang berperwata­kan lembut.

Walaupun Joe dan Reynard berdepan situasi berbeza namun persamaann­ya adalah kedua-dua watak ini mengalami gangguan kesihatan mental dengan peristiwa menyedihka­n ketika zaman kanak-kanak mereka.

Hasil kajian Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2015 mendapati 29.2 peratus rakyat Malaysia mengalami tekanan atau masalah kesihatan mental.

Ini bermaksud, tiga daripada 10 individu berusia 16 tahun ke atas mempunyai masalah kesihatan mental dan angka berkenaan membimbang­kan apatah lagi dengan kewujudan media sosial dan kejadian buli siber.

Sedar atau tidak, kita semua berisiko berdepan masalah kesihatan mental. Malah, mereka yang kita lihat sentiasa tersenyum dan positif mungkin sedang berdepan pergolakan emosi akibat gangguan kesihatan mental.

Jika berasa ada sesuatu yang tidak kena dengan diri sendiri, dapatkan bantuan segera daripada profesiona­l kesihatan. Elakkan mengadu nasib di media sosial kerana ia lebih memburukka­n keadaan.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia