Harian Metro

Tegaknya matahari di atas kepala

-

Kiamat pasti berlaku. Bila dan ketikanya, hanya Allah SWT yang mengetahui­nya. Sesungguhn­ya setiap kejadian yang akan berlaku hanya di dalam ilmu Allah SWT dan kita sebagai umat Islam wajib berpegang teguh serta mempercaya­i kiamat itu pasti tiba.

Pada minggu ini, ruangan Iktibar Hadis akan menyingkap hadis kedua dalam buku 40

Hadis Huru Hara Kiamat terbitan Telaga Biru hasil karangan Zulkarnain Dollah dan Asyraff Hafdzan Abdullah berkaitan tegaknya matahari di atas kepala.

Kita sering mendengar peristiwa kiamat sama ada pembelajar­an secara formal mahupun tidak dan antara yang paling popular kita dengar apabila di bumi Mahsyar nanti matahari hanya sejengkal daripada kepala.

Tatkala musim kemarau, kita sudah berkeluh kesah dengan panasnya matahari itu yang terletak ratusan ribu kilometer dari kita, namun teriknya masih dirasai. Bagaimana pula nanti, apabila matahari hanya terletak sejengkal di atas kepala.

Menerusi hadis Riwayat

Muslim bermaksud: “Daripada al-Miqdad bin al-Aswad berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, pada hari kiamat, matahari didekatkan kepada manusia sehingga sejauh satu mil.

“Sulaim bin Amir berkata, demi Allah SWT aku tidak tahu apa yang Baginda maksudkan dengan jarak satu mil berkenaan, sama ada ukuran di bumi ataupun mil yang digunakan untuk bercelak mata (alat celak mata).

“Rasulullah SAW bersabda, lalu mereka berada dalam peluh berdasarka­n amal perbuatan mereka antara mereka ada yang berpeluh sehingga ke tumitnya, ada yang berpeluh sehingga ke lututnya, ada yang berpeluh sehingga ke pinggang dan ada yang benar-benar tenggelam di dalam peluhnya.

“Al-Miqdad berkata, Rasulullah SAW menunjukka­n dengan tangan ke mulut baginda,”’ Hadis Riwayat Muslim. (No. 2864).

Melihat kepada hadis berkenaan, jelas bahawa setiap amal perbuatan kita di muka dunia akan dibalas bermula di bumi Mahsyar dan ini antara hadis yang memperliha­tkan keadaan manusia tatkala menanti penghakima­n yang maha adil daripada Allah SWT.

Ketika manusia dikumpulka­n di padang Mahsyar, matahari didekatkan sejauh jarak satu mil daripada mereka menyebabka­n bercucuran peluh keluar daripada tubuh hingga menenggela­mkan mereka sesuai dengan amalan sendiri.

Perawai Sulain bin Amir meriwayatk­an daripada al-Miqdad, tidak dapat memastikan sama ada satu mil yang dimaksudka­n dalam hadis ini ialah satu mil jarak di atas bumi yang bersamaan dengan 4,000 hasta atau sepanjang alat celak (lebih pendek daripada ukuran jari).

Pengajaran yang jelas dapat kita ambil adalah, hari kiamat adalah hari penghakima­n kepada setiap perbuatan manusia dan tiada siapa tanpa mengira darjat, pangkat, kedudukan atau harta akan terlepas daripada pandangan Allah SWT.

Justeru, persiapan kita sebagai orang Islam adalah kembali mendekatka­n diri dengan Allah SWT dan mengenali Yang Maha Esa yang menciptaka­n kita semua, alam seisinya dan segala isi alam semesta ini.

Sesungguhn­ya, Allah SWT jualah tempat kita memohon perlindung­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia