Harian Metro

MAAF, SELAMAT TINGGAL

Wanita hidap sakit buah pinggang kronik jumpa suami sebelum meninggal dunia

- Oleh Hazira Ahmad Zaidi am@hmetro.com.my

Keperitan hidup penghidap buah pinggang kronik, Nurain Abdullah, 31, berakhir jam 11.30 pagi semalam apabila dia meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini.

Apa yang menyentuh hati apabila Nurain dari Kampung Kerawang, Pulai Chondong di sini, sempat memohon maaf kepada suaminya selepas enam bulan kedua-duanya tidak bertemu.

Walaupun hanya pertemuan singkat, suami Nurain sempat menjaga arwah buat seketika.

Hasil perkahwina­n mereka dikurniaka­n Muhammad Aiman Abd Rahman yang kini berusia empat tahun.

Kakak sulung arwah, Nooranis, 32, berkata, Nurain dirawat di hospital sejak awal Disember lalu akibat sesak nafas.

“Pada awalnya, Nurain dimasukkan ke hospital selepas sesak nafas dan apabila keadaannya stabil, dia dipindahka­n ke Hospital Lati,

Pasir Mas.

“Bagaimanap­un, selepas 12 hari ditempatka­n di Hospital Lati, dia tidak sedarkan diri sebelum dimasukkan semula ke HRPZ II,” katanya.

Nooranis berkata, sepanjang tiga hari lalu, Nurain bergantung kepada bantuan mesin pernafasan.

Katanya, doktor turut memaklumka­n penyakit buah pinggang dihidapi Nurain berada pada tahap lima.

“Selepas melakukan tomografi berkompute­r (CT Scan), doktor mengesan ada ketulan darah beku dalam perut Nurain selain usus dan hatinya bengkak serta ada jangkitan kuman,” katanya.

Menurut Nooranis, sebelum arwah adiknya itu tidak sedarkan diri, dia sempat memohon maaf kepada suaminya yang menjaganya di hospital selepas lapan bulan tidak bertemu.

“Nurain memberitah­u dia mahu jumpa suaminya.

“Ibu, Hasnah Mahmood, 51, memberitah­u keluarga mentua Nurain mengenai keadaan adik dan memohonnya datang ke hospital.

“Kami reda dengan pemergian Nurain dan jenazahnya dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kerawang bersebelah­an pusara arwah nenek,” katanya.

Harian Metro sebelum ini melaporkan Nurain yang menderita masalah buah pinggang dan sistemik lupus eritematos­us (SLE) yang dikesan sejak lima tahun lalu bergantung harap kepada keluargany­a selepas mendakwa digantung tidak bertali.

Arwah yang sebelum ini bekerja sebagai pembantu rumah di Gua Musang berhenti kerja disebabkan penyakit terbabit sebelum terlantar selepas kedua-dua kakinya membengkak.

Dia sempat memohon maaf kepada suami yang menjaganya di hospital selepas lapan bulan tidak bertemu”

Nooranis

 ??  ?? NURAIN (kanan) meninggal dunia di HRPZ II, pagi semalam.
NURAIN (kanan) meninggal dunia di HRPZ II, pagi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia