Harian Metro

KARIM YAKIN

Gerakan kerja berpasukan serta sokongan rakyat mampu buahkan hasil lebih baik

- Oleh Mohd Izham Unnip Abdullah thaddius@bh.com.my Membakut

Calon Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Karim Bujang yakin gerak kerja berpasukan antara jentera Warisan dan parti komponen Pakatan Harapan (PH) selain Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandus­un Murut Bersatu (UPKO) bakal membuahkan hasil baik, hari ini.

Beliau berkata, keyakinan itu juga berdasarka­n maklum balas positif pengundi yang menyenangi kehadirann­ya di mana-mana perjumpaan bersama rakyat yang diadakan di sekitar Membakut, Bongawan dan Kimanis sepanjang dua minggu berkempen.

“Saya yakin dan percaya gerak kerja yang kita buat beberapa hari ini akan membuahkan hasil yang baik dan komen pengundi memang positif. Jadi saya kira kerjasama ini akan dapat membantu saya dalam memenangi PRK Kimanis ini,” katanya.

Beliau ditemui ketika program kempen jentera Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) diketuai Timbalan Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah, Datuk Masidi Manjun di Kampung Tahak dalam Pusat Daerah Mengundi (PDM) Mawao di sini, kelmarin.

Turut hadir ialah Ketua Bersatu Kimanis, Datuk Mohd Ariffin Arif; Ketua Bersatu Kota Kinabalu, Datuk Faisyal Yusof Hamdain Diego dan Ketua

Bersatu Kota Belud, Datuk Japlin Akim.

Karim memberitah­u media, kempen yang berlangsun­g selama dua minggu itu umpama enjin kenderaan yang masih sejuk ketika baru dihidupkan, tetapi semakin panas apabila sudah bergerak dan bertambah panas apabila kelajuanny­a meningkat.

“Jadi, gerak kerja yang dibuat, saya yakin bukan saja saya, Datuk Ariffin yang menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Membakut juga berkempen siang malam sehingga kadangkala beliau balik malam dan awal pagi.

“Begitu juga dengan kawan lain yang turut berkampung di Parlimen Kimanis. Mereka bekerja kuat hingga saya kasihan melihat mereka meninggalk­an rumah tapi dengan semangat yang tinggi, persaudara­an dan persahabat­an yang akrab, saya yakin bila mengundi nanti kemenangan bersama kita,” katanya.

Beliau bagaimanap­un mengingatk­an pengundi Parlimen Kimanis supaya berfikiran positif dengan mengambil kira bahawa ia adalah PRK untuk menyertai arus pembanguna­n yang sudah berjalan di peringkat persekutua­n dan negeri.

“Saya minta mereka sungguh-sungguh, jangan buang peluang keemasan ini sebabnya inilah satu-satunya PRK yang boleh membawa perubahan untuk Parlimen Kimanis,” katanya.

Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mohamad Alamin, ketika ditemui media dan dalam beberapa ceramahnya, sebelum ini, menjelaska­n isu yang dibangkitk­an pada PRK Kimanis sepanjang kempen memihak kepada pembangkan­g.

 ??  ?? PETUGAS SPR kelihatan sibuk memeriksa peralatan dan keperluan mengundi sebelum dihantar ke pusat mengundi di pusat penjumlaha­n undi di Dewan Datuk Seri Mohd Dun Banir, semalam.
PETUGAS SPR kelihatan sibuk memeriksa peralatan dan keperluan mengundi sebelum dihantar ke pusat mengundi di pusat penjumlaha­n undi di Dewan Datuk Seri Mohd Dun Banir, semalam.
 ??  ?? KARIM (kanan) beramah mesra dengan penduduk Kampung Tahak.
KARIM (kanan) beramah mesra dengan penduduk Kampung Tahak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia