Harian Metro

BUKAN PUNGUT DATA PERIBADI

Kerajaan nafi dakwaan kumpul maklumat untuk hadapi PRU akan datang

- Oleh Mohd Anwar Patho Rohman am@hmetro.com.my

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menafikan program e-Tunai Rakyat bertujuan membolehka­n kerajaan mendapatka­n atau menceroboh maklumat dan data peribadi rakyat.

Jelasnya, kerajaan sebenarnya boleh mendapatka­n data peribadi rakyat dengan mudah menerusi carian menggunaka­n kad pengenalan.

“Kerajaan tidak terbabit dalam perniagaan (tiada kepentinga­n). Jika ada kesan pun hanya membabitka­n trend penggunaan. Kita akan pastikan ini sulit dan terus dalam kawalan kerajaan.

“Kalau hendak sebut pasal data, semua ada dalam kad pengenalan, tidak perlu cara ini (program e-Tunai Rakyat).

“Oleh sebab itu, kita jangan terbawa-bawa dengan pihak tertentu yang mungkin iri hati program e-Wallet dan mahu memperkota­k-katik program ini yang mendapat sambutan baik rakyat,” katanya di Kementeria­n Kewangan di sini, semalam.

Guan Eng mengulas dakwaan pihak tertentu yang mendakwa program e-Tunai Rakyat adalah strategi kerajaan mendapatka­n maklumat peribadi rakyat sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Beliau berkata demikian selepas menyaksika­n majlis menanda tangan Perjanjian Tambahan kepada Perjanjian Rakan Pelaksana Projek Transit Aliran Massa 2 (MRT 2) di antara MRT Corporatio­n Sdn Bhd (MRT Corp) dan MMC Gamuda KVMRT Sdn Bhd.

Turut hadir, Menteri Pengangkut­an, Anthony Loke, Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp, Abdul Yazid Kassim dan Pengarah Urusan Kumpulan MMC Corp, Datuk Seri Che Kalib Mohamed Noh.

Program e-Tunai Rakyat dilancarka­n Selasa lalu bagi membolehka­n rakyat Malaysia berkelayak­an menuntut RM30 melalui tiga pengendali e-dompet iaitu Grab, Boost dan Touch ‘n Go.

Semua ada dalam kad pengenalan, tidak perlu program e-Tunai Rakyat

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia