Harian Metro

Tenaga kerja tangkas intai peluang ceburi ekonomi gig

Sabtu 18.01.2020

-

Kuala Lumpur: Kajian mengenai tenaga kerja tangkas mendapati 38 peratus daripada responden di Malaysia yang ketika ini pekerja sepenuh masa mencari peluang menceburi ekonomi gig dalam tempoh 12 bulan akan datang.

Zurich Insurance Group dalam satu kenyataan berkata, peratusan itu lebih tinggi berbanding purata 20 peratus di peringkat global yang dicatatkan dalam kajian itu yang dilaksanak­an Zurich, Smith School of Enterprise and the Environmen­t di Universiti Oxford.

“Trend diperoleh daripada kajian itu menyokong saranan dalam Belanjawan 2020 ke arah aspirasi digital Malaysia dan melakar hala tuju ekonomi untuk menjadi kuasa digital. Ia selari dengan tumpuan negara untuk merangsang pertumbuha­n ekonomi dalam era ekonomi baharu dan digital seperti digariskan dalam belanjawan dibentangk­an pada Oktober 2019.

“Malaysia sudah mengenal pasti ekonomi gig sebagai sumber baharu pertumbuha­n ekonomi yang mampan dan inklusif. Ekonomi gig dijangka akan disertakan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (2021-2025) dan kerajaan ketika ini berada di peringkat awal untuk mengawal selia sektor itu demi kebajikan pekerja ekonomi gig,” katanya.

Zurich berkata, kajian itu mendapati pekerjaan secara sambilan menarik perhatian individu berikutan jadual yang fleksibel, kebebasan daripada majikan serta kawalan terhadap jadual dan beban kerja.

“Memandangk­an ramai rakyat Malaysia terbabit dalam ekonomi gig, pemahaman yang rendah terhadap perlindung­an pendapatan dan insurans akan menjadi faktor yang akan meningkatk­an kebimbanga­n.

“Kumpulan yang bekerja sendiri ini juga terdedah kepada risiko pendapatan yang tidak menentu dan kehilangan sumber pendapatan apabila tidak dapat bekerja misalnya apabila kurang sihat atau kematian anggota keluarga,” katanya.

Ketua Zurich Malaysia Stephen Clark berkata, kajian itu usaha memahami dan memberi maklum balas kepada keperluan yang meningkat bagi melindungi tenaga kerja tangkas.

“Kami harap pihak industri bekerjasam­a dengan kami untuk menyediaka­n penyelesai­an mampan dan selari dengan trajektori pekerjaan individu.

“Kami mempunyai visi agar semua rakyat Malaysia memiliki perlindung­an tanpa mengira pekerjaan atau situasi. Sebagai syarikat yang mengambil berat, Zurich mahu berada di samping rakyat apabila diperlukan,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia