Harian Metro

Mida lulus 34 projek pembuatan dari EU

-

Kuala Lumpur: Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia (Mida) meluluskan 34 projek pembuatan bernilai RM3.1 bilion membabitka­n syarikat dari negara Kesatuan Eropah (EU) bagi tempoh sembilan bulan pertama 2019.

Pelaburan itu dijangka mewujudkan 2,782 pekerjaan, menurut Mida dalam kenyataan dikeluarka­n, semalam.

Pada 14 Januari 2020, badan pelaburan itu sudah mengadakan jaringan kerja membabitka­n dewan, persatuan dan kedutaan dari EU.

Seramai 40 wakil dari pejabat Austria, Belgium, Republik Czech, Perancis, Itali, Ireland, Jerman, Norway, United Kingdom (UK), Belanda, Russia, Sweden, Switzerlan­d dan Sepanyol di Malaysia menghadiri acara itu.

“Jaringan kerja kita seterusnya yang diadakan tidak lama lagi akan membabitka­n dewan dan persatuan dari rantau Amerika, Oceania dan Asia-Pasifik,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MIDA, Datuk Azman Mahmud.

Mida berkata dalam melangkah maju, ia akan menganjurk­an beberapa misi perdaganga­n dan pelaburan, serta lawatan kerja ke Sepanyol, Switzerlan­d, Jerman, UK dan Perancis tahun ini.

Misi itu juga akan ke negara seperti Jepun, Korea Selatan, China, India, New Zealand, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu dan Amerika Syarikat.

Setakat September 2019, Mida meluluskan 2,366 projek pembuatan RM131.4 bilion dengan penyertaan dari negara EU yang mewujudkan 271,712 pekerjaan.

Syarikat Eropah utama mempunyai operasi di negara ini termasuk STMicroele­ctronics, Infineon Technologi­es, Acerinox, Dyson Manufactur­ing,

Novartis,

Osram Opto Semiconduc­tors, Aker

Solution dan

B.Braun

Medical.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia