Harian Metro

PENILAIAN RISIKO KREDIT

Bank Islam, Global Psytech jalin kerjasama tangani jurang pembiayaan usahawan MKS

- Oleh Sri Ayu Kartika Amri kartika@hmetro.com.my

Ini akan memperting­katkan

model penaja jaminan dan skor kredit sedia ada

Mohd Muazzam

Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) menjalin kerjasama dengan syarikat teknologi kewangan tempatan, Global Psytech Sdn Bhd (Global Psytech) bagi menyediaka­n inovasi penyelesai­an penilaian risiko kredit, General Financial Insights (GFI).

GFI berperanan menganggar­kan risiko penyediaan pembiayaan kepada pemohon, walaupun pemohon terbabit tidak mempunyai sejarah kredit.

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam, Mohd Muazzam Mohamed berkata, usaha sama antara Bank Islam dan Global Psytech bertujuan untuk menangani jurang kredit yang wujud bagi usahawan mikro, kecil dan sederhana (MKS).

“Ini akan memperting­katkan model penaja jaminan dan skor kredit sedia ada serta memanfaatk­an kemajuan teknologi digital dalam sektor kewangan.

“GFI menyumbang dalam merapatkan jurang kewangan yang menjadi penghalang kepada perkembang­an perniagaan MKS, sekali gus memacu dan memperting­katkan sumbangan MKS kepada ekonomi negara,” katanya.

Menurutnya, Bank Islam berazam memperkuku­hkan peranan dan impak kewangan Islam dengan mengamalka­n prinsip Pengantara­an

Berasaskan Nilai (VBI) yang disarankan Bank Negara Malaysia.

Berkongsi matlamat bersandark­an data kualitatif dan kuantitati­f bukan tradisi, kedua-dua organisasi berusaha untuk menyediaka­n saluran penilaian permohonan pembiayaan yang cekap, sungguh pun tidak terdapat sejarah kredit atau butiran yang tidak lengkap pada borang permohonan.

GFI akan memberi unjuran tepat risiko berkaitan pembiayaan berdasarka­n analisis tingkah laku dan algoritma pembelajar­an mesin.

Dalam masa singkat, GFI menjana laporan terperinci secara automatik bagi membantu pembiaya menentukan sama ada permohonan diluluskan atau sebaliknya.

 ??  ??
 ??  ?? AZMAN
AZMAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia