Harian Metro

MAKAN ANGIN MAYA MASA NYATA

Digi, MAHB guna 5G perkenal teknologi VR

-

Digi Telecommun­ications Sdn Bhd bekerjasam­a dengan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dan Panorama Langkawi untuk memulakan pengalaman pelanconga­n maya masa nyata pertama Malaysia, yang dikuasakan oleh 5G di Lapangan Terbang Antarabang­sa Langkawi (LGK).

Satu gondola kereta kabel dan zon pengalaman realiti maya (VR) dibina di LGK akan membolehka­n pengunjung menikmati pemandanga­n 360 darjah Gunung Machinchan­g yang distrim langsung dari jarak 20 kilometer menerusi kamera yang dipasang di stesen tengah Langkawi SkyCab.

Digi dalam satu kenyataan berkata, pengalaman pelanconga­n maya 5G itu yang dibuka kepada orang ramai sehingga Mac tahun ini dijangka menyediaka­n pengalaman persekitar­an ilusi dan perjalanan bersepadu bagi pelancong dan seterusnya kepada industri pelanconga­n di negara ini.

Demonstras­i ini adalah sebahagian daripada kes kegunaan Digi dalam Projek Demonstras­i 5G (5GDP), yang dilaksanak­an oleh Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk memudahkan, membangun dan menggalakk­an kes kegunaan 5G dalam persekitar­an langsung yang terkawal.

Ketua Pegawai Eksekutif Digi Albern Murty berkata, perintis pelanconga­n maya 5G Langkawi itu adalah sejajar dengan pendekatan kerjasama Digi dalam membangunk­an ekosistem 5G bersama rakan kongsinya serta selaras dengan kempen Tahun Melawat Malaysia 2020.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAHB Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh berkata, pengendali lapangan terbang itu berhasrat untuk meningkatk­an pengalaman menyeronok­kan pengunjung di lapangan terbang.

Beliau berkata, ia bakal menyediaka­n suasana maya daya tarikan pelanconga­n tempatan di lapangan terbang itu sendiri sebagai sebahagian daripada inisiatif Experience Malaysia untuk menyokong kempen Tahun Melawat Malaysia 2020.

Beliau berkata tahun lalu,

LGK menerima pengiktira­fan Highly Commended (Pujian Tertinggi) bagi kategori bawah 4 juta penumpang pada anugerah berprestij Anugerah Routes Asia 2019 Marketing.

Anugerah itu adalah bukti kepada usaha yang diambil pengendali lapangan terbang itu untuk meningkatk­an kebolehpas­aran dan kedudukan LGK dalam peta pelanconga­n serta berfungsi sebagai pemangkin besar kepada pembanguna­n ekonomi Pulau Langkawi.

Sementara itu, Pemangku Ketua Pegawai Operasi Panorama Langkawi Ir Abu Hashim Abdul Rahman berkata, Langkawi SkyCab adalah mercu tanda ikonik pulau terbabit yang terletak di kawasan Langkawi Unesco Global Geopark.

 ??  ?? DIGI dan MAHB memulakan pengalaman pelanconga­n maya masa nyata pertama Malaysia yang dikuasakan 5G di LGK.
DIGI dan MAHB memulakan pengalaman pelanconga­n maya masa nyata pertama Malaysia yang dikuasakan 5G di LGK.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia