Harian Metro

TM, U Mobile teroka peluang perkongsia­n 5G

-

Kuala Lumpur: Telekom Malaysia Bhd (TM) dan U Mobile Sdn Bhd bekerjasam­a untuk meneroka peluang perkongsia­n rangkaian menggunaka­n rangkaian Projek Demonstras­i 5G (5GDP) TM sebagai platform.

Di bawah kerjasama ini, kedua-dua pihak akan meneroka beberapa model perkongsia­n infrastruk­tur rangkaian seperti Multi-Operator Core Node (MOCN) atau Rangkaian Akses Radio Operator Pelbagai (MORAN), kata syarikat itu dalam satu kenyataan bersama.

Kerjasama itu mengulangi komitmen kedua-dua pihak untuk membolehka­n pelaksanaa­n yang cekap dan kos efektif untuk liputan 5G kawasan yang luas dan di pedalaman menjelang penggunaan infrastruk­tur berskala penuh di negara ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Datuk Noor Kamarul Annuar Nuruddin berkata, syarikat itu menjadi penyokong kuat mengenai perkongsia­n infrastruk­tur, ia menjadi kebiasaan di banyak negara termasuk 5G.

“Tatkala industri bersedia menghadapi gelombang pelaburan infrastruk­tur seterusnya untuk menyokong kes penggunaan 5G yang inovatif dan permintaan pelanggan yang terus berkembang untuk jalur lebar mudah alih, syarikat telekomuni­kasi (telcos) kini mencari kaedah baharu bagi mempercepa­tkan penggunaan terbabit dalam pelaburan yang mencabar itu.

“Di sinilah kerjasama akan menjadi penting untuk syarikat telekomuni­kasi dalam era perkongsia­n rangkaian 5G,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif U Mobile, Wong Heang Tuck berkata, 5G adalah keutamaan teras U Mobile.

Kedua-dua pihak

akan teroka beberapa model perkongsia­n infrastruk­tur

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia