Harian Metro

BAHANA CURANG

Wanita berang pasang nat besi pada alat sulit suami

-

Gara-gara berlaku curang, seorang suami menerima padah selepas isterinya memasang nat besi pada alat sulitnya hingga terpaksa mendapatka­n bantuan kecemasan bagi menanggalk­annya.

Daily Mail melaporkan, mangsa yang berusia 40 tahun menyedarin­ya selepas merasa sakit di bahagian alat sulitnya ketika bangun dari tidur.

Lelaki berkenaan cuba untuk menanggalk­an sendiri nat besi berkenaan tetapi tidak berjaya hingga terpaksa menghubung­i ambulans yang membawanya ke hospital di Zaporizhia di sini, bagi mendapatka­n bantuan.

Bagaimanap­un, doktor di hospital berkenaan terpaksa menda- patkan bantuan pasukan penyelamat kerana tiada alat diperlukan untuk menanggalk­an besi berkenaan.

Komander Pasukan Penyelamat Kobra, Oleksandr Brienko berkata, pihaknya dihubungi doktor untuk memberi bantuan kepada mangsa.

“Tugas itu dilakukan dengan menggunaka­n alat khas untuk memotong seterusnya menanggalk­an nat besi berkenaan,” katanya kepada media.

Sementara itu, anggota penyelamat, Eduard

Nekhoroshe­v berkata, pasukannya sering ditugaskan untuk membantu dalam kes sebegitu.

“Kami sering menerima aduan untuk mengendali­kan kes seumpama ini dan dilatih menanggalk­an cincin, gari dan lain-lain objek yang melekat pada tubuh mangsa.

“Dalam kes ini, kami cuba sedaya upaya menyelamat­kan alat sulit mangsa bagi memastikan ia berfungsi supaya dia ‘mampu’ menjadi ayah,” katanya.

Lelaki berkenaan dilaporkan dalam keadaan stabil selepas mendapatka­n rawatan di hospital.

Mangsa menyedari selepas merasa sakit ketika

bangun dari tidur

 ??  ?? PASUKAN penyelamat menggunaka­n pemotong khas untuk menanggalk­an besi di alat sulit mangsa.
PASUKAN penyelamat menggunaka­n pemotong khas untuk menanggalk­an besi di alat sulit mangsa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia