Harian Metro

Reds tak sabar lebar jurang

-

London: Liverpool mampu melebarkan jurang dengan Manchester United kepada 30 mata jika mereka berjaya mencatat kemenangan dalam pertemuan dua kelab paling berjaya di Anfield awal pagi Isnin ini.

Pasukan bimbingan Jurgen Klopp dilihat mampu menamatkan kemarau 30 tahun untuk muncul juara liga, dengan jurang 14 mata ke atas juara bertahan, Manchester City tatkala mereka masih mempunyai baki satu perlawanan di dalam tangan.

United yang ketinggala­n 13 mata di belakang City, juga sudah beraksi lebih satu perlawanan berbanding musuh tradisi mereka dan memerlukan penamat yang cemerlang musim ini untuk mengelak daripada gagal layak ke Liga Juara-Juara buat kali kedua berturut-turut.

Bagaimanap­un, anak buah Ole Gunnar Solskjaer adalah satu-satunya pasukan yang memperlaha­nkan buruan Liverpool musim ini untuk muncul juara Liga Perdana Inggeris (EPL).

Seri 1-1 dalam pertemuan Oktober lalu adalah satu-satunya perlawanan yang menyebabka­n juara Eropah itu kehilangan mata penuh.

“Pasukan kami mempunyai mentaliti juara. Kami sentiasa memikirkan aksi seterusnya, kami tidak terlalu melihat jauh dari itu.

“Kami hanya fokus apa yang termampu untuk diraih dan kami akan melakukan apa saja untuk memastikan kami meninggalk­an padang dengan kemenangan. Ia membolehka­n kami mencatat keputusan luar biasa musim ini,” kata penjaga gol Liverpool, Alisson Becker yang hanya bolos satu gol dalam 10 perlawanan terakhir.

United akan ketinggala­n lapan mata dengan kelompok empat pasukan teratas ketika mereka mahu melakukan sepak mula di Anfield jika Chelsea berjaya menumpaska­n Newcastle dalam perlawanan sebelum itu.

Kemenangan untuk Blues bakal membolehka­n pasukan bimbingan Frank Lampard 12 mata mengatasi Tottenham, kecuali jika skuad kendalian Jose Mourinho itu mampu menyekat rekod kemenangan berturut-turut Watford di Vicarage Road. - AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia