Harian Metro

NAFI BURUAN BARCA

Nishikawa tidak dihubungi gergasi La Liga, fokus aksi Liga J

- AFP

Pemain remaja Jepun, Jun Nishikawa berkata, dia hanya mendengar Barcelona ingin menandatan­ganinya melalui rakannya dan menafikan sudah dihubungi gergasi Sepanyol itu.

Menurut pemain berusia 17 tahun itu, yang mewakili skuad Piala Dunia Bawah 17 dan 20 tahun Jepun, tumpuan utamanya sekarang adalah untuk mendapat tempat di kelab Liga J, Cerezo Osaka.

“Saya ada terbaca berita di telefon bimbit semalam (kelmarin) dan kawan saya memberitah­u mengenai perkara ini tapi saya tidak merasakan sesuatu yang istimewa,” kata Nishikawa yang masih belum boleh berkelana ke luar negara sehingga usianya mencecah 18 tahun bulan depan.

Nishikawa menjelaska­n tumpuannya sekarang adalah untuk mendapatka­n tempat dalam kesebelasa­n utama Cerezo.

Bercelona dikaitkan dengan Nishikawa oleh media Sepanyol selepas terlihat pemain berkenaan ketika mereka memburu seorang lagi pemain muda Jepun, Hiroki Abe, yang sekarang ini beraksi dengan cemerlang bersama skuad B sejak menyertai The Catalan dari Kashima Antlers.

“Buat masa sekarang saya akan membuat keputusan berdasarka­n apa yang saya rasa betul. Sekarang saya masih lagi beraksi bersama Cerezo,” katanya.

Nishikawa hanya beraksi beberapa perlawanan dengan

Cerezo namun selepas tahun lalu terlepas peluang mendapatka­n pemain sensasi berusia 18 tahun, Takefusa Kubo atau dikenali sebagai ‘Messi Jepun’, Barca tidak mahu perkara yang sama berulang.

Kubo memilih untuk menyertai musuh tradisi Barca,

Real Madrid walaupun dia pernah beraksi dengan akademi Barcelona seawal usia sembilan tahun dan ketika itu dia mula mendapat gelaran ‘Messi’ berikutan aksinya menggelece­k sehingga menjadi tontonan ramai di YouTube.

Nishikawa wakili skuad Piala Dunia Bawah 17 dan 20

tahun Jepun

Saya tidak merasakan sesuatu yang istimewa Jun Nishikawa

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia