Harian Metro

ENGGAN SALAH PILIH

Abdullah teliti penaja Hafizh, tak mahu anaknya jadi mangsa perjanjian

- Oleh Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@hmetro.com.my

Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah (gambar) sebenarnya didekati oleh banyak pihak yang berminat mahu menajanya pada musim baharu Kejohanan Motosikal Dunia bersama pasukan Aspar.

Namun bapanya, Abdullah Harun menjelaska­n beberapa faktor perlu diambil kira sebelum pihaknya membuat keputusan memilih satu-satu tajaan itu.

“Sebagai contohnya jika bentuk tajaan itu sama dengan tajaan sedia ada, syarikat yang berminat itu tidak boleh menjadi penaja kepadanya.

“Satu lagi, tajaan peribadi untuk Hafizh tidak ada masalah sangat tetapi sekiranya tajaan itu besar dan membabitka­n pasukannya, perbincang­an lebih rapi perlu dilakukan,” katanya.

Bukan mahu ‘menyibuk’ dengan urusan tajaan anaknya, namun jelas Abdullah sebagai bapa beliau perlu mengambil tahu bentuk tajaan dan pihak yang berminat untuk menaja Hafizh.

“Kalau dulu mungkin saya hanya ambil berat soal prestasiny­a di atas litar, tetapi sekarang saya perlu ambil berat juga mengenai tajaan untuk Hafizh.

“Saya tak mahu dia menjadi mangsa perjanjian yang mungkin tak memihak kepadanya,” katanya.

Meskipun saingan MotoGP hanya akan berlangsun­g kurang dua bulan lagi bermula di Qatar, 8 Mac depan, Abdullah tetap percaya Hafizh akan memperoleh tajaan mencukupi untuknya beraksi dalam tempoh semusim.

“Sekarang perbincang­an dilakukan dengan sekurang-kurangnya tiga syarikat. Insya-Allah jika ada rezeki, Hafizh akan mendapat tajaan itu dan KBS (Kementeria­n Belia dan

Sukan) juga tampil untuk membantuny­a,” katanya.

Hafizh menerusi laporan Arena

Metro semalam mengakui masih tercari-cari tajaan dan sentiasa membuka peluang itu kepada mana-mana pihak meskipun saingan sudah berlangsun­g.

Tajaan peribadi untuk Hafizh

tidak ada masalah sangat

Abdullah Harun

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia