Harian Metro

Zidane tonik sebenar UniKL

-

Kuala Lumpur: Kehadiran semula Tengku Ahmad Tajuddin Abdul Jalil (gambar) bersama pasukan nyata memberi suntikan semangat kepada Universiti Kuala Lumpur (UniKL) yang mencatat kemenangan keempat liga dengan menewaskan TNB Thunderbol­ts 4-2 semalam.

Tengku yang lebih dikenali sebagai Zidane dalam kalangan rakan sepasukan, dilihat berada di tempat duduk pemain meskipun baru keluar dari hospital.

Dia selamat menjalani pembedahan di bahagian rahang selepas mengalami kecederaan teruk terkena pukulan bola yang kuat ketika bertemu Hockademy pada perlawanan kedua liga.

“Saya rasa dia mesin bukan manusia. Zidane sudah menjalani latihan ringan dengan pemain lain walaupun baru keluar hospital dan memerlukan masa antara empat hingga enam minggu untuk kembali pulih.

“Saya boleh katakan dia menjadi pemain contoh bagi pasukan kami. Dia memberi satu tenaga dan semangat tambahan kepada pemain.

“Ketika Zidane berada di hospital, pemain nampak tidak begitu bersemanga­t ketika menjalani latihan,” kata pengendali UniKL, Arul Selvaraj.

Pada perlawanan yang berlangsun­g di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil itu, Thunderbol­ts di depan menerusi jaringan padang Nasrul Syahkhir Sadikul seawal minit ke-4.

Namun UniKL bangkit meledak tiga gol sumbangan Muhammad Razie Abd Rahim minit ke-5, Izwan Firdaus Ahmad Tajuddin (m-14) dan Mohamad Faid Farhadh Mohamad Shah (m-25).

Thunderbol­ts cuba merapatkan jurang apabila memperoleh gol kedua hasil pukulan sudut penalti Muhammad Fahmi Khalid minit ke-46 sebelum Timothy Deavin mengesahka­n kemenangan UniKL menerusi gol padang minit ke-49.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia