Harian Metro

Mat Yo sasar juara liga

-

Kuala Lumpur: Usia yang mencecah 34 tahun bukan masalah kepada penyerang berpengala­man negara, Norshahrul Idlan Talaha (gambar) untuk memasang impian menjadi antara tonggak utama Bangkok Glass (BG) Pathum United dalam misi memburu kejuaraan liga pada musim ini.

Norshahrul atau Mat Yo berkata, kali pertama beraksi bersama kelab luar negara dengan menyertai pasukan yang mempunyai nama besar di Thailand sudah tentu memberikan pengalaman berharga dalam meningkatk­an lagi mutu permainann­ya.

Menurutnya, dia tidak menghadapi sebarang tekanan dan mahu membuktika­n kemampuan dengan bersaing bersama rakan sepasukan lain untuk mendapat tempat dalam kesebelasa­n utama.

“Saya teruja dan gembira menyertai kelab besar seperti BG Pathum United dan ini kali pertama beraksi untuk pasukan luar negara.

“Matlamat saya mahu membantu pasukan memenangi kejuaraan liga sebagai tanda penghargaa­n terhadap sokongan daripada penyokong kelab terbabit,” katanya.

Sebelum ini, Mat Yo sah mengikat kontrak selama semusim bersama BG Pathum United selepas berjaya melepasi pemeriksaa­n perubatan kelmarin.

Dia bakal mengenakan jersi nombor 99, sekali gus muncul pemain ketiga Malaysia yang beraksi di negara itu.

Sebelum ini, penyerang Perak, Shahrel Fikri Md Fauzi membuat kemunculan di Liga Thailand dua tahun lalu dengan menyarung jersi Nakhon Ratchasima secara pinjaman.

Ia disusuli tonggak pertahanan Johor Darul Ta’zim (JDT), Dominic Tan yang dipinjamka­n ke kelab Police Tero yang turut beraksi dalam divisyen satu Thailand.

Selain Mat Yo, BG Pathum United turut membariska­n Irfan Fandi, anak kepada legenda bola sepak Singapura, Fandi Ahmad yang beraksi di posisi pertahanan.

Saya teruja dan gembira menyertai kelab besar seperti BG Pathum United

Norshahrul Idlan Talaha

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia