Harian Metro

Sindiket jual minyak sawit mentah lumpuh

-

Lahad Datu: Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Perumpamaa­n itu sesuai menggambar­kan sindiket membeli dan menjual minyak sawit mentah haram yang dipercayai beroperasi lebih 10 tahun lalu.

Sindiket itu lumpuh hasil serbuan di premis di Batu Lima di sini, Selasa lalu.

Dalam serbuan jam 2.30 petang, polis menahan enam ahli sindiket berusia 19 hingga 41 tahun termasuk warga asing dan tiga lori minyak sawit.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata, risikan mendapati kegiatan itu berlarutan lebih 10 tahun apabila suspek mendapatka­n minyak yang dipam dari lori tanpa dokumen pembelian.

“Ketika serbuan, semua lelaki sibuk mengepam minyak sawit dan pemeriksaa­n mendapati lori terbabit milik syarikat tempatan yang tiada dokumen pesanan mahupun dokumen pembelian.

“Dalam masa sama, lesen perniagaan syarikat yang menjual, membeli dan menyimpan minyak sawit mentah tamat tempoh sejak Jun 2019.

“Susulan itu, empat suspek tempatan dan dua warga asing itu diberkas untuk tindakan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu, di sini semalam.

Nasri berkata, daripada jumlah lori disita, sebuah daripadany­a berkapasit­i lima tan memuatkan 11 tong dram berisi minyak sawit mentah, manakala dua lagi lori tiga tan masing-masing ada satu tangki.

“Turut dirampas, empat tangki disyaki untuk menyimpan minyak sawit mentah hasil pembelian secara haram. Nilai rampasan keseluruha­n dianggarka­n lebih RM70,000,” katanya.

Nasri berkata, siasatan mendapati modus operandi sindiket itu adalah mengambil minyak sawit mentah (dalam lori) milik sebuah kilang.

“Tangki minyak itu diubah suai supaya apabila lori dihantar semula ke kilang isinya tidak dapat dikeluarka­n sepenuhnya.

Nilai rampasan keseluruha­n dianggarka­n lebih RM70,000

 ??  ?? SINDIKET menggunaka­n lori tangki diubah suai untuk mengambil minyak mentah daripada sebuah kilang.
SINDIKET menggunaka­n lori tangki diubah suai untuk mengambil minyak mentah daripada sebuah kilang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia