Harian Metro

1,000 TURUN PADANG

Pengamal undang-undang berarak dalam acara tahunan badan kehakiman

- Oleh Mohd Roji Kawi am@hmetro.com.my

Ketua Hakim Negara antara lebih 1,000 pengamal undang-undang ‘turun ke jalanan’ untuk menyertai perarakan sempena Pembukaan Tahun Perundanga­n 2020 bagi Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak di sini, semalam.

Selain Tan Sri Tengku Maimun Tuan Mat turut menyertai perarakan ialah Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Rohana Yusuf, Hakim Besar Malaya, Tan Sri Azahar Mohamed dan Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri David Wong Dak Wah.

Turut serta Speaker Dewan

Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, Timbalan Speaker DUN Sarawak, Datuk Gerawat Gala dan Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Undang-undang, Hubungan Negeri-Persekutua­n

dan Pemantauan Projek) negeri, Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

Perarakan yang diadakan dengan tema Justice and Beyond itu bermula lam 7.30 pagi dari Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) hingga Kompleks Mahkamah Kuching.

Setibanya di Kompleks Mahkamah Kuching jam 8.30 pagi, peserta perarakan disambut dengan persembaha­n oleh penari kebudayaan.

Program Pembukaan Tahun Perundanga­n bagi Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak antara peristiwa penting dalam kalendar badan kehakiman di kedua-dua negeri itu.

Ia mengumpul pengamal undang-undang untuk berkongsi aspirasi dan menetapkan matlamat baharu untuk dicapai tahun ini.

Program itu adalah acara tahunan badan kehakiman dan ia dianjurkan secara bergilir-gilir oleh Mahkamah Tinggi Sarawak dan Mahkamah Tinggi Sabah.

Kumpul pengamal undang-undang kongsi aspirasi dan tetapkan

matlamat baharu

 ?? FOTO: BERNAMA ?? TENGKU Maimun (empat dari kiri) mengetuai barisan pengamal undang-undang berarak dari DUN Sarawak ke Kompleks Mahkamah Kuching sempena Pembukaan Tahun Perundanga­n Sabah dan Sarawak 2020.
FOTO: BERNAMA TENGKU Maimun (empat dari kiri) mengetuai barisan pengamal undang-undang berarak dari DUN Sarawak ke Kompleks Mahkamah Kuching sempena Pembukaan Tahun Perundanga­n Sabah dan Sarawak 2020.
 ??  ??
 ??  ?? KD Keris tiba di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu, Sabah dari China.
KD Keris tiba di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu, Sabah dari China.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia