Harian Metro

STRAW POKOK KERCUT

Penyedut minuman dihasilkan 10 penuntut UMP mudah terurai

- Oleh Mohd Rafi Mamat am@hmetro.com.my

Bukan hanya kurang risiko, malah penyedut minuman pokok kercut yang dihasilkan penyelidik dan penuntut Universiti Malaysia Pahang (UMP) ini lebih mesra alam.

Straw itu hanya mengambil masa seminggu ke dua minggu untuk terurai secara semula jadi seperti proses penguraian tumbuhan rumpai.

Pensyarah Kanan Fakulti Teknologi Kejurutera­an Awam UMP Dr Suryati Sulaiman berkata, inovasi itu dihasilkan 10 penuntut diploma dan sarjana muda universiti berkenaan di bawah Kelab Iskandar UMP.

Katanya, mereka berjaya membuktika­n pokok kercut atau Lepironia articulata iaitu sejenis tumbuhan akuatik yang banyak di kawasan berpaya, boleh dijadikan straw.

“Kajian bermula pada 2012 secara berperingk­at dan siap Oktober tahun lalu. Hasilnya amat menggalakk­an apabila terbukti straw pokok kercut atau pokok purun ini sesuai dan selamat digunakan selain mesra alam.

“Bagaimanap­un, ia hanya untuk penggunaan sekali sahaja,” katanya yang juga penasihat utama Projek Straw Mesra Alam itu.

Suryati berkata, lebih banyak penyelidik­an akan dilakukan pada masa akan datang, dalam usaha menyahut saranan kerajaan ke arah menjadi pengeluar produk mesra alam.

Sementara itu, Ketua Kumpulan Nurul Farah Anisa Hairulniza­m, 21, berkata, saiz straw pokok kercut sama seperti straw plastik dengan panjang antara 18 ke 20 sentimeter dan garis pusat dua ke lima milimeter. Menurutnya, sebelum ini, pokok kercut hanya digunakan bagi menghasilk­an barang kraftangan termasuk tikar selain ubatan tradisiona­l bagi merawat beberapa penyakit seperti kencing manis.

“Lapan proses dilakukan adalah membersih batang pokok, memotong mengikut saiz, membuang selaput dalam batang menggunaka­n sejenis berus dan menjemurny­a selama tiga hari,” katanya.

Kajian bermula pada 2012 secara berperingk­at dan siap Oktober

tahun lalu

Dr Suryati

 ??  ?? PENSYARAH UMP, Dr Abdul Syukor Abd Razak (kiri) bersama pelajar yang berjaya menghasilk­an straw pokok kercut mesra alam.
PENSYARAH UMP, Dr Abdul Syukor Abd Razak (kiri) bersama pelajar yang berjaya menghasilk­an straw pokok kercut mesra alam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia