Harian Metro

PEKA MASALAH GLOBAL

Artis prihatin kutip pengalaman sertai misi kemanusiaa­n di luar negara

- Oleh Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

Misi Kemanusiaa­n yang dijalankan badan bukan kerajaan (NGO) di negara ini sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia mengenai situasi berlaku di luar negara terutama terhadap nasib penduduk Islam.

Menariknya, pembabitan daripada artis tanah air dalam menjayakan misi ini meningkatk­an lagi pengetahua­n rakyat Malaysia menerusi perkongsia­n di media sosial.

Antara artis terbabit ialah Khai Bahar, Wany Hasrita, Ardell, Nadzmi Adhwa, Datuk Afdlin Shauki, Noh Hujan, Mizz Nina, Heliza Helmi dan ramai lagi.

Walaupun ia masih tidak menyeluruh, sekurangku­rangnya aktiviti yang dijalankan mendapat perhatian sekali gus dapat memberi sumbangan kepada tabung Misi Kemanusiaa­n yang dilancarka­n.

KHAI BAHAR (PENYANYI)

“Alhamdulil­lah, ini tahun ketiga saya bersama NGO, Syria Care untuk membantu penduduk Islam Syria yang ditempatka­n di kem pelarian di Istanbul, Turki.

“Pembabitan pada tahun pertama dan kedua pastinya memberikan input dan pengalaman sangat berharga pada saya. Bagi saya, ini bukan aktiviti keseronoka­n tapi lebih kepada kemanusiaa­n bagi membantu golongan memerlukan.

“Pastinya juga, aktiviti sebegini memerlukan dana yang besar apatah lagi niat kita adalah untuk membantu. Jadi, sokongan berterusan amatlah diperlukan. Kalau tak dapat banyak, sikit pun sudah menggembir­akan mereka.”

WANY HASRITA (PENYANYI)

“Sebelum ini saya tengok dan baca saja pembabitan beberapa rakan artis dalam program sebegini. Cuma, saya belum ada rezeki dan peluang untuk terbabit sama.

“Alhamdulil­lah, tahun lalu saya dilamar pihak

Syria Care dan insya-Allah akan berangkat ke Syria pada April depan. Saya teruja sebab nak membantu mereka. Saya nak tengok sendiri depan mata bagaimana kesengsara­an yang mereka lalui.

“Jadi, saya mengajak kepada semua untuk terus membantu dan menghulurk­an bantuan. Mungkin dengan cara ini kita dapat menggembir­akan mereka.”

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia