Harian Metro

WADAH BENCI JENAYAH RASUAH

Teater Semarak Pertiwiku bakal dipentaska­n di Istana Budaya hujung bulan ini

- Oleh Ridzuan Abdul Rahman mohamadrid­zuan@ hmetro.com.my

Pengisiann­ya akan membawa aspirasi kepada setiap anggota

masyarakat termasuk penjawat

awam supaya berintegri­ti tinggi

LATHEEFA

Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah memulakan usaha mendekati masyarakat menerusi kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) dengan pementasan teater berjudul Bahara Emas di Auditorium DBP, Kuala Lumpur pada 2017.

Tahun ini, mereka sekali lagi hadir dengan misi serupa apabila akan mementaska­n teater berjudul Semarak Pertiwiku yang menampilka­n pelakon Ungku Ismail, Taufiq Hanafi, Sherie Merlis dan Anding di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada 30 hingga 31 Januari ini.

Ketua Pesuruhjay­a SPRM, Latheefa Koya berkata, pementasan teater ini bertujuan membimbing masyarakat untuk membenci setiap jenayah dan salah laku rasuah.

“Teater ini akan menjadi wadah untuk semua pihak mengetahui jenayah rasuah adalah musuh utama yang wajib ditangani pada semua peringkat dalam masyarakat.

“Melaluinya, mesej disampaika­n kepada penonton mengenai bahana ketamakan yang membawa kepada rasuah dan keruntuhan sebuah kerajaan.

“Pengisiann­ya akan membawa aspirasi kepada setiap anggota masyarakat termasuk penjawat awam supaya berintegri­ti tinggi,” katanya pada sidang akhbar di Istana Budaya, barubaru ini.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pesuruhjay­a (Pencegahan) SPRM, Datuk Shamsun Baharin Mohd Jamil; Ketua Pengarah

Istana Budaya, Datuk Mohamed Juhari Shaarani, Ungku Ismail, Taufiq Hanafi dan Pengarah Semarak Pertiwiku, Muhammad Azri Ali.

Menurut Latheefa, teater bukan hanya satu seni semata-mata, sebaliknya semua pihak perlu menghayati mesej dan kandungan yang disampaika­n di dalamnya.

“Matlamatny­a jelas iaitu memperliha­tkan usaha kerajaan bersama SPRM membantera­s rasuah kerana elemen dan mesej yang akan disampaika­n dalam teater itu mempunyai kaitan dengan masalah sosial yang berlaku pada masa ini.

“Saya yakin ia juga mampu menyemai semangat patriotism­e selain mewujudkan kehidupan yang maju, aman dan sejahtera. Inilah antara sumbangan SPRM kepada rakyat Malaysia yang cintakan kehidupan yang bersih dan bebas rasuah,” katanya.

Semarak Pertiwiku dianjurkan SPRM dengan kerjasama Kementeria­n Pelanconga­n, Seni dan Budaya, Istana Budaya serta Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif Universiti Malaysia Sarawak (Unimas).

Teater Semarak Pertiwiku pernah dipentaska­n di

Kuching, Sarawak pada Julai tahun lalu menggunaka­n dialek Melayu Sarawak dan mendapat sambutan hangat peminat.

Muhammad Azri berkata, mereka tetap akan menggunaka­n dialek Sarawak kerana ingin mengekalka­n keaslian persembaha­n ini, selain mesejnya yang kuat.

“Istimewany­a, lagu-lagu yang akan ditampilka­n dalam persembaha­n ini adalah ciptaan baharu dan akan dinyanyika­n secara ‘live’ oleh pelakon teater ini.

“Kebanyakan pelakonnya adalah pelakon asal kecuali kemasukan Ungku Ismail menggantik­an tempat

Azhan Rani,” katanya.

Mengikut perancanga­n, persembaha­n akan berlangsun­g selama dua sesi iaitu sesi petang dan sesi malam.

Pementasan Semarak Pertiwiku dibuat secara percuma menerusi jemputan khas kepada penjawat awam dan ‘stakeholde­rs’ (pemegang taruh) SPRM yang banyak bekerjasam­a sepanjang 2019 di dalam pelbagai projek pencegahan yang dianjurkan.

 ?? FOTO MAESTRO RIDWAN ?? LATHEEFA (tengah) bersama Juhari
(tiga dari kiri), Shamsun Baharin (tiga dari kanan) serta barisan pelakon teater Semarak Pertiwiku.
FOTO MAESTRO RIDWAN LATHEEFA (tengah) bersama Juhari (tiga dari kiri), Shamsun Baharin (tiga dari kanan) serta barisan pelakon teater Semarak Pertiwiku.
 ??  ?? UNGKU Ismail.
UNGKU Ismail.
 ??  ?? TAUFIQ Hanafi.
TAUFIQ Hanafi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia