Harian Metro

TRAGEDI DIPUKUL OMBAK

- Oleh Rosli Ilham am@hmetro.com.my

“Mereka berempat dipukul ombak besar sebelum terpisah dan dikhuatiri lemas,” kata pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA), Dungun, Hazman Zamili, 21, apabila empat rakannya hilang ketika mandi di pantai Teluk Bidara, Seberang

Pintasan di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 6.30 petang, mangsa yang hilang Mohamad Luqman Hakim Al Rashid Mohamed Sabarudin, 21, dari Kuantan, Pahang; Muhammad Zul Fahmi Zuki, 21, dari Kemaman dan Muhammad Ikhwan Ahmad Azhan, 21, dari Kuala Terengganu, Terengganu serta Mohamad Amir Izzudin Zulkiflee, 21, dari Melaka.

Selain Hazman yang berasal dari Kelantan turut terselamat ialah Muhamad Irfan Kamaruzama­n, 20, dari Rawang, Selangor.

Semua pelajar terbabit dikatakan ke pantai berkenaan untuk mandi-manda kira-kira jam 6 petang.

Hazman berkata, mereka kali pertama datang dan mandi di pantai terbabit tanpa menyangka berlaku tragedi berkenaan.

“Air laut ketika itu tenang dan tidak berombak menyebabka­n kami sepakat untuk turun mandi di situ.

“Tiba-tiba kami dipukul ombak dan saya bersama Irfan tidak berani menyelamat­kan mereka kerana air sangat dalam,” katanya di lokasi kejadian.

Menurutnya, beberapa pengunjung yang menyaksika­n kejadian itu sempat melemparka­n pelampung namun pelampung terbabit hanyut dan gagal dicapai.

“Saya dan Ifran meminta semua mereka cuba sedaya upaya berenang ke darat namun mereka gagal kerana terkena beberapa lagi pukulan ombak.

“Kami berdua berjaya naik ke darat namun sedih selepas mendapati empat rakan lain hilang dari pandangan,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Dungun, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Zaiharis Sandar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 6.33 petang sebelum 10 anggota ke lokasi kejadian.

Menurutnya, sebaik tiba di tempat kejadian, empat mangsa didapati hilang di laut sebelum pasukannya menjalanka­n gerakan mencari dan menyelamat namun gagal.

Pengunjung sempat baling pelampung, tapi hanyut dan

gagal dicapai

 ??  ??
 ?? FOTO: ROSLI ILHAM ?? MOHAMAD Luqman Hakim
MOHAMAD Amir Izzudin
ORANG ramai berhimpun di pantai Teluk Bidara, Seberang Pintasan menunggu hasil operasi SAR.
FOTO: ROSLI ILHAM MOHAMAD Luqman Hakim MOHAMAD Amir Izzudin ORANG ramai berhimpun di pantai Teluk Bidara, Seberang Pintasan menunggu hasil operasi SAR.
 ??  ?? MUHAMMAD Zul Fahmi
MUHAMMAD Zul Fahmi
 ??  ?? MUHAMMAD Ikhwan
MUHAMMAD Ikhwan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia