Harian Metro

3,000 SENGSARA SUHU 5° CELSIUS

Pelarian Syria tabah hadapi dugaan hidup dimusnah perang

- Muhaamad Hafis Nawawi

Peluang kali kedua memasuki negara bergolak ini selepas kali pertama melihat kemusnahan di Aleppo tiga tahun lalu menjadi satu pengalaman yang amat bermakna.

Lebih-lebih lagi bukan semua berpeluang merasai pengalaman berada di kem pelarian dan melihat dengan mata sendiri bagaimana mereka mengharung­i kehidupan yang tersepit sebagai mangsa konflik peperangan.

Penulis hanya mampu mengangkat tangan bagi memanjat kesyukuran apabila berjaya memasuki Syria buat kali kedua untuk menyelami kesengsara­an pelarian yang bukan sahaja hilang tempat tinggal malah harta benda dan ahli keluarga.

Sebaik dibenarkan masuk, Sukarelawa­n Muslim Care Malaysia Society (Muslim Care) terus menuju ke Kem Muhemediya yang dikendalik­an kerajaan Turki.

Ketika berada di dalam van, penulis tidak berasa sejuk kerana menggunaka­n alat pemanas namun sebaik melangkah keluar apabila tiba di kem pelarian itu, badan terus menggigil kesejukan walaupun menyarung baju sejuk.

Suhu sekitar 5 darjah Celsius membuatkan penulis menahan kesejukan dan mula terdetik bagaimana pelarian mengharung­i kehidupan mereka sepanjang musim sejuk dalam serba kekurangan.

Melihat kehidupan mereka, penulis anggap pelarian tabah menghadapi dugaan ini, malah masih mampu tersenyum menyambut kehadiran kami walaupun jiwa mereka sengsara selain terpaksa tinggal di dalam khemah yang kecil dan tidak selesa.

Seorang peniaga manisan yang juga pelarian Syria sempat memberi manisannya kepada kami sebagai tanda mereka mengalu-alukan kedatangan tetamu.

Penulis lihat kem yang menempatka­n 3,000 pelarian itu berada dalam serba kekurangan namun dibina seperti sebuah perkampung­an yang dilengkapi klinik, sekolah, kedai runcit dan kedai kecil dibina menjual minyak petrol.

Malah turut dibina padang permainan bagi kanak-kanak mengisi masa mereka bermain di sini.

Seorang pelarian, Yahya Hassan Bakar, 46, berasal dari pinggiran Damsyik berkata, dia sudah dua tahun tinggal di kem itu bersama rakan lain selepas kampung halamannya diserang tentera Russia.

Menurutnya, akibat serangan itu, dia buta mata kanan akibat terkena serpihan bom.

“Dulu saya berniaga barang antik namun terpaksa menyelamat­kan diri dan tinggal di kem ini selepas kejadian itu. Khemah kecil berukuran empat meter inilah kini menjadi kediaman saya,” katanya.

Yahya berkata, dia bersyukur walaupun tinggal dalam keadaan serba kekurangan namun masih dapat meneruskan kehidupan.

“Bukan tidak ada rumah kosong di luar sana yang ditinggalk­an pemiliknya namun saya tidak mahu kerana itu bukan hak kami dan lebih elok tinggal di sini,” katanya.

Penulis yang berkesempa­tan masuk melihat sendiri khemah itu berasa sayu apabila ia hanya dilengkapi tilam dan selimut sementara di tengah-tengahnya diletakkan alat pemanas.

Yahya turut mengucapka­n ribuan terima kasih kepada

Muslim Care dan rakyat Malaysia atas sumbangan roti dan bekalan air bersih buat mereka di sini.

“Khemah kecil berukuran empat meter inilah kini menjadi kediaman saya

Yahya Hassan

Bakar

 ??  ??
 ??  ?? SUKARELAWA­N menyerahka­n roti kepada kanak-kanak pelarian.
SUKARELAWA­N menyerahka­n roti kepada kanak-kanak pelarian.
 ??  ?? PENULIS bersama kanak-kanak pelarian yang mendapat pendidikan di Kem Muhemediya.
PENULIS bersama kanak-kanak pelarian yang mendapat pendidikan di Kem Muhemediya.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia