Harian Metro

PAHALA MANDI LELAKITUA

Tindakan anggota APM mandikan warga emas buta tak terurus dapat pujian

- Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin anbia@hmetro.com.my

“Tiada langsung rasa jijik walaupun dia terlalu busuk. Niat saya hanya mahu memastikan lelaki mualaf buta itu dibantu dan dibersihka­n,” ujar anggota sukarelawa­n Angkatan Pertahanan Awam (APM) Koperal Muhamad Shahril Mohd Ridzuan Teo, 29, yang sanggup memandikan gelandanga­n warga emas.

Usaha murni sekumpulan anggota APM Melaka Tengah itu yang tular di media sosial mendapat pujian ramai atas sifat penyayang dan khidmat masyarakat dilakukan.

Difahamkan dalam kejadian jam 11 pagi kelmarin, warga emas berusia 73 tahun itu tidak dibenarkan menaiki sebuah bas ekspres di Melaka Sentral berikutan keadaan tubuhnya yang terlalu kotor.

Shahril berkata, pihaknya yang dimaklumka­n berhubung kejadian itu segera pergi ke Melaka Sentral untuk memberi bantuan.

“Saya bersama Leftenan Muda Afiqah Tahir dimaklumka­n pemandu bas ekspres berkenaan menerima rungutan penumpang berikutan keadaan warga emas itu yang terlalu busuk.

“Malah, ada yang mendakwa pak cik itu sudah terkencing dan membuang air besar di dalam seluar secara tidak sengaja,” katanya.

Menurutnya, dia yang amat bersimpati dengan nasib mualaf buta itu segera membuat pemeriksaa­n kesihatan awal sebelum membawa lelaki itu ke Balai Polis Bukit Baru.

“Malah, kami turut memaklumka­n kejadian itu kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang turut datang ke balai polis.

“Saya kemudian mengambil keputusan memandikan warga emas itu di tandas balai polis berkenaan. Mujur anggota polis di balai itu turut bersimpati dan memberikan sabun dan syampu bagi membolehka­n kami memandikan­nya.

“Pada mulanya warga emas itu tidak mahu dimandikan namun saya memujuknya dengan memberitah­u niat sebenar kami. Malah, saya minta dia menganggap saya tidak ubah seperti anak kandungnya,” katanya.

Menurutnya, dia kemudian berjaya memandikan warga emas gelandanga­n itu yang sudah sekian lama tidak membersihk­an diri.

“Semua pakaian kotor digunakan turut digantikan dengan pakaian baru. Kami bersimpati dengan nasibnya yang mendakwa bekerja sebagai tukang urut.

“Selepas hampir 30 minit dimandikan, lelaki itu kemudian dipakaikan pakaian bersih sebelum dibawa menjamu selera,” katanya.

Menurutnya, melalui perbualan, lelaki mualaf itu memberitah­u ingin pergi ke Taiping, Perak berikutan mempunyai pelanggan yang mahu mendapatka­n khidmatnya.

“Memikirkan keselamata­nnya, kami mengambil keputusan memakaikan lelaki itu lampin pakai buang dewasa sebelum mendapatka­n tiket bas untuknya.

“Malah, atas dasar simpati, saya turut menemankan­nya sepanjang perjalanan menaiki bas ekspres ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS),” katanya yang bekerja sebagai pembantu perawatan kesihatan Unit Rawatan Jantung, Hospital Melaka.

 ??  ??
 ??  ?? ANGGOTA APM memandikan warga emas terbabit.
ANGGOTA APM memandikan warga emas terbabit.
 ??  ?? ANGGOTA APM memimpin warga emas yang ditemui di Melaka Sentral.
ANGGOTA APM memimpin warga emas yang ditemui di Melaka Sentral.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia