Harian Metro

SOALAN BERMUSLIHA­T

Penceramah sudah penat melayan soalan tidak masuk akal, mengarut atau pelik dilontar orang ramai

- Oleh Mahaizura Abd Malik am@hmetro.com.my

Percaya atau tidak, sesi ceramah bertujuan memberi pencerahan kepada isu yang berbangkit dalam masyarakat dijadikan medan strategik individu `nakal' menguji kemampuan penceramah bertauliah dengan pelbagai soalan yang dianggap remeh, tidak masuk akal, mengarut serta pelik seolah-olah individu yang bertanya tidak bijak. Namun, ia sebenarnya penuh bermusliha­t yang jika tidak dijawab dengan bijak akan menjatuhka­n air muka penceramah berkenaan, lapor Mahaizura Abdul Malik

Sengaja menguji sejauh mana tingginya ilmu agamawan selain sekadar mahu menumpang populariti golongan penceramah yang sedang meningkat naik.

Itu tujuan sebenar sesetengah golongan yang gemar bertanya penceramah mahupun ilmuan terkenal dengan soalan tidak masuk akal, mengarut atau pelik di setiap ceramah mereka.

Sekalipun soalan itu nampak remeh seolah-olah golongan bertanya itu tidak cerdik namun jika tersilap jawab ia mengundang bahana dan dijadikan modal golongan tertentu menjatuhka­n penceramah bertauliah ini.

Pendakwah terkemuka, Datuk Mohd Kazim Elias berkata, cabaran penceramah sepertinya meluaskan dakwah semakin besar terutama sejak berlaku peningkata­n minat masyarakat menimba ilmu agama dalam tempoh 10 tahun kebelakang­an ini.

“Sepanjang 30 tahun saya berceramah, saya lihat minat orang belajar agama makin tinggi, malah sambutan orang pergi ceramah dan kuliah meningkat 10 kali ganda berbanding pembabitan awal saya sekitar tahun 1990.

“Namun, ada juga pergi majlis ilmu bukan untuk menuntut ilmu sebaliknya mahu mencuba dan menduga kebolehan seorang penceramah agama.

“Dulu orang tak persoalkan benda bukan-bukan, tetapi sekarang mungkin sebab pengaruh media sosial selain mudah mendapat bahan bacaan menjadikan mereka semakin berani bersuara dan bertanya hingga pada kita

soalan itu tidak patut pun ditanya macam soalan bodoh saja, terpaksa saya jawab cara bodoh juga.

“Ia bukan bermakna saya membodohka­n dia, tetapi maksud soalan bodoh itu bagi kita tidak patut ditanya sebab boleh fikir,” katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.

Menurutnya, memang wujud golongan sengaja bertanya mahupun mempertika­ikan apa yang sudah termaktub dalam hadis dan al-Quran.

“Saya dapati ada kelompok manusia dia bukan datang bertanya untuk belajar, tetapi merendah-rendahkan (agamawan) dan mempertika­ikan.

“Dia lupa kadang-kadang soalan macam itu

sebenarnya dia sudah merendahka­n hukum agama, contoh dia tanya kenapa dia dihukum neraka kalau tidak amalkan ajaran Islam sedangkan dia tidak minta diciptakan ke dunia.

“Memang dari sudut rasional dia rasa layak untuk bertanya, tetapi dari segi akidah dan tauhid benda itu boleh gugurkan iman kerana mempertika­ikan hak dan ciptaan Allah.

“Di situ lihat betapa kadang-kadang dangkalnya pemikiran mereka sedangkan soalan itu patut sudah selesai (faham) masa sekolah rendah lagi,” katanya.

Kazim berkata, pelbagai golongan dan peringkat usia dengan paling ketara

kebanyakan­nya membabitka­n mereka yang berusia pertengaha­n 20-an hingga 30-an gemar bertanya soalan pelik berkenaan.

“Seingat saya pelbagai ada, usia emas pun masih bertanya, tetapi yang saya perhatikan soalan tidak patut ditanya biasanya golongan berusia pertengaha­n 20-an dan 30 an.

“Mereka ini gemar membaca sesuatu tulisan dan membuat huraian tanpa menyelidik pada guru yang muktabar atau mursyid kemudian mula menyoal kita sebab mempercaya­i pertikaian itu,” katanya.

Menurutnya, lebih bahaya lagi apabila ada segelintir golongan terpengaru­h dengan fahaman liberalism­e.

“Ada golongan,

dia belajar akademik tinggi, tetapi suka membaca tulisan orang lain mungkin yang tidak memahami Islam dan dia terima pendapat penulisan itu lalu mempertika­ikannya dengan kita.

“Bagi orang yang tidak belajar dengan guru sebenar yang cuma guna akal mungkin mudah terpengaru­h.

“Ada juga golongan agamawan, dia ada pendidikan dan kelulusan agama, tetapi misalnya dia tidak mahu ikut ajaran Nabi Muhammad kerana katanya semua nabi betul dan sama, jadi dia mahu mengikut syariat ajaran Nabi Ibrahim atau nabi pilihannya,” katanya.

Katanya, ilmuan mahupun penceramah harus mengawal diri, keadaan dan mesti bijak menjawab dan menangkis setiap persoalan dengan hujah yang berfakta.

“Ada juga yang suka bertanya ini mereka yang ada masalah atau sejarah tidak elok dengan orang agamawan, mereka mencari bagaimana cara hilangkan keyakinan orang ramai terhadap agamawan ini. Maka, dia akan timbulkan soalan macam ini.

“Bagi saya, sesetengah golongan akan menggunaka­n perkara seperti ini untuk lebih mempunyai fahaman dan ada pengikut dan grup mereka sendiri di media sosial.

“Jika penceramah dan agamawan tidak tegas dan konsisten dalam menjawab serta tidak berpakat sesama daie, saya rasa sebagaiman­a luasnya dakwah berjalan begitu luasnya juga fahaman mereka berkembang.

“Nasihat saya, penceramah kena pandai kilas sesuatu soalan supaya soalan itu tidak berbelit,” katanya.

Dulu orang tak persoalkan benda bukan-bukan, tetapi sekarang mungkin sebab pengaruh media sosial selain mudah mendapat bahan bacaan menjadikan mereka semakin berani bersuara”

Mohd Kazim Elias

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? MOHD Kazim ketika menyampaik­an ceramah.
MOHD Kazim ketika menyampaik­an ceramah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia