Harian Metro

Tak perlu layan semua

-

Bukan semua pertanyaan atau pandangan perlu dilayan.

Itu kata penceramah motivasi, Syamsul Amri Ismail atau dikenali sebagai Syamsul Debat berkenaan golongan yang sengaja bertanya soalan tidak sesuai dengan penceramah.

Menurut beliau, terdapat tiga jenis kategori persoalan yang biasa ditanya kepada golongan penceramah sepertinya.

“Soalan sengaja ditanya supaya menunjukka­n dia tanya soalan sedangkan benda itu tiada keperluan.

“Tanya soalan sebab tidak berpuas hati dengan orang lain itu kena teliti serta kecenderun­gan terhadap soalan sensitif yang lebih bersifat peribadi,” katanya.

Katanya, memang wujud golongan yang gemar bertanya soalan bukan-bukan untuk meraih perhatian dengan menumpang populariti personalit­i mahupun penceramah yang diminati.

“Soalan tidak patut ini biasa dari generasi baru hendak kenal dunia siber dan media sosial mahu popular tanya soalan mengarut di Facebook atau Instagram penceramah popular.

“Kita akan nampaklah cara dia bukan serius mahu tanya soalan kerana isu ditanya tidak jelas sekadar mahu tarik perhatian saja dan kadangkala dia tidak perasan satu dunia boleh baca apa ditulis.

“Ada juga golongan mental, bersifat provokasi jadi nasihat saya orang macam ini jangan layanlah,” katanya.

Untuk lebih selamat, beliau menasihatk­an penceramah perlu sentiasa berwaspada dengan setiap persoalan diajukan sebaliknya jika tidak mahir sesuatu isu rujuk terlebih dahulu kepada pakar.

“Apapun soalannya, kita kena sentiasa membawa benda itu kepada asas jangan letakkan kita setuju sepenuhnya dengan pandangan itu, contohnya soalan berbaur peribadi apatah lagi membabitka­n suami isteri kena lihat semula situasi dan beri nasihat rujuk pejabat agama,” katanya.

 ??  ?? SYAMSUL Amri
SYAMSUL Amri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia