Harian Metro

SUAMI AMAL SYURA

Suami yang mengamalka­n syura bukan autokratik akan lebih ditaati dan disayangi oleh isteri dan anak

- SEBARKAN BAHAGIA

Suami adalah belahan jiwa isteri. Demikian juga isteri adalah belahan jiwa suami.

Penyatuan jiwa kedua-dua suami dan isteri menjadi antara tanda-tanda kebesaran Allah SWT seperti yang terakam dalam

Surah al-Rum, ayat 21.

Matlamatny­a ialah terbina hubungan atas dasar mawaddah, rahmah dan sakinah.

Namun, adakalanya suami menjadi cabaran buat isteri dan isteri menjadi cabaran buat suami.

Bagaimana bentuk cabaran berkenaan.

Menurut al-Qaraawi dalam pengantar buku Kebebasan Wanita Pada Zaman Risalah, mereka yang berhaluan keras (termasuk suami yang autokratik) menjadikan kehidupan wanita sempit bagaikan penjara.

Misalnya, wanita tidak dibenarkan keluar rumah, tidak boleh pergi ke masjid, tidak dianjurkan berbicara dengan kaum lelaki meskipun dengan cara yang sopan.

Muka dan telapak tangannya dianggap aurat, begitu pula suara dan pembicaraa­nnya.

Bahkan wanita dilarang menggunaka­n pakaian putih yang biasa dilakukan oleh wanita Mesir sejak dahulu ketika mereka menunaikan ibadat haji dan umrah.

Ketika ditanyakan alasan pelarangan­nya, mereka menjawab perbuatan itu menyerupai lelaki.

Padahal dalam soal berpakaian, Allah SWT memberikan kelonggara­n bagi wanita dalam hal yang tidak diperboleh­kan bagi kaum lelaki, misalnya memakai perhiasan emas dan pakaian yang terbuat dari sutera.

Bahkan bagi suami yang ego dan autokratik, jika seorang wanita menikah dan tidak senang kepada suami, dia tidak boleh benci atau lari.

Dia cuma boleh bersabar mengharung­i penderitaa­n, sampai suami berkenan mentalak atau dia meminta diceraikan (khulu’).

Tubuhnya dianggap seperti dimiliki dengan tukaran duit ringgit serta boleh diceraikan sesuka hati.

Wanita dilayan seperti tiada hak membuat pilihan, hanya boleh mengiyakan, tidak boleh menolak dan tidak berhak menuntut ganjaran atau ganti rugi.

Wanita dianggap jerat iblis untuk memesongka­n manusia.

Wanita dianggap makhluk yang kurang akal dan agama dengan tafsiran seperti wanita tidak mempunyai kepakaran apa pun.

Wanita dianggap hamba atau setengah hamba oleh lelaki yang dikahwini untuk melampiask­an nafsu serakah.

Anggapan seperti ini seakan-akan mengulangi anggapan masyarakat ke atas wanita Romawi dalam sejarah yang menganggap wanita hamba

lelaki.

Mengikut kajian oleh John Gottman, seorang pakar psikologi di Universiti Washington, antara sebab pasangan suami isteri sering bertengkar hingga membawa kepada perceraian ialah kerana memandang rendah kepada pasangan. (https://my.theasianpa­rent.com /punca-penceraian-di-malaysia/).

Ia termasuk mengkritik pasangan secara berlebihan hingga semua usaha tidak dihargai.

Setiap pasangan perlu kembali kepada panduan al-Quran dan al-Sunnah.

Rasulullah SAW menunjukka­n contoh strategi berbincang sentiasa digunakan sebagai mekanisme dalam membuat keputusan.

Kelebihan berbincang ialah, setiap ahli mementingk­an kebenaran, berbanding siapa yang berkata sepertiman­a pesan Saidina Ali, lihatlah apa yang dikata bukan siapa yang berkata.

Bahkan ahli bawahan boleh bersuara tanpa perlu merasa takut dan bimbang risiko dizalimi oleh orang atasan.

Suami yang mengamalka­n syura bukan autokratik akan lebih ditaati dan disayangi oleh isteri dan anak.

Dalam sirah, terdapat banyak contoh berlakunya strategi berbincang dalam pengurusan keluarga.

Contoh, dalam peristiwa takhyir iaitu peristiwa di mana Rasulullah SAW memberikan pilihan kepada isteri-isterinya, Rasulullah SAW memulakan

perbincang­an dengan Aishah RA seperti yang dijelaskan dalam

Surah al-Ahzab ayat 28 hingga 29.

Seterusnya, di pihak isteri, Ummu Sulaym menjadi satu contoh wanita yang mengutamak­an hak suami sebagai pemimpin keluarga walaupun terpaksa memendam seketika kesedihan emosinya sendiri atas kematian anak mereka. (Rujuk hadith riwayat Muslim, Kitab Faa’il al-ahabah, Bab Faail Abi alah al-Anari, no.hadith: 2144, 4:1909.)

Begitu indahnya rumah tangga yang ditegakkan atas dasar perbincang­an, lahirlah anggota keluarga yang menghormat­i dan mentaati.

Sebaliknya rumah tangga yang ditegakkan atas dasar autokratik akan melahirkan ahli keluarga yang membangkan­g dan jauh hati.

Penulis adalah pendakwah

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia