Harian Metro

BNMENANGKE­RUSIKIMANI­S

Mohamad menang besar dengan majoriti 2,029 undi

- Oleh Juwan Riduan am@hmetro.com.my

Memperoleh majoriti 2,029 undi membolehka­n Barisan Nasional (BN) mengekalka­n kerusi Parlimen Kimanis menerusi kemenangan calonnya, Datuk Mohamad Alamin, 47, pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu.

Kemenangan Mohamad yang mendapat 12,706 undi itu diumumkan secara rasmi oleh Pegawai Pengurus PRK, Jupery Etok di Dewan Datuk Seri Panglima Mohd Dun Banir di sini, jam 9.29 malam tadi.

Suruhanjay­a Pilihan

Raya (SPR) merekodkan peratusan keluar mengundi pada 79.92 peratus dengan 320 undi ditolak.

Mohamad menewaskan calon Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Karim Bujang, 66, yang mendapat 10,677 undi dalam persaingan satu lawan satu itu.

Parlimen Kimanis ada dua kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) iaitu Bongawan dan Membakut dengan 29,664 pemilih layak mengundi, termasuk sembilan pengundi awal dan seorang pengundi tidak hadir yang berada di luar negara. Majoriti diperoleh BN kali ini jauh lebih besar berbanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) melalui Datuk

Seri Anifah Aman dengan majoriti 156 undi dalam persaingan tiga penjuru.

PRK Kimanis diadakan selepas Mahkamah Persekutua­n menolak rayuan Anifah mengetepik­an keputusan Mahkamah Pilihan Raya pada 16 Ogos tahun lalu bahawa kemenangan­nya di Parlimen Kimanis pada PRU-14 tidak sah dan terbatal selepas mendapati ada kertas undi tambahan yang boleh menjejaska­n keputusan pilihan raya.

Karim memfailkan petisyen pada 18 Jun 2018 bagi mencabar kemenangan Anifah.

Kemenangan di PRK Kimanis menyaksika­n BN mencatatka­n kemenangan kelima selepas berjaya dalam Pilihan Raya Kecil di Cameron Highlands, Semenyih, Rantau dan Tanjung Piai.

Sebanyak 79.92%

pemilih keluar mengundi dengan 320 undi ditolak

 ??  ??
 ??  ?? MOHAMAD (dua dari kiri) menerima pelukan tahniah selepas mendapat 12,706 undi menewaskan Karim yang meraih 10,677 undi dalam persaingan satu lawan satu, malam tadi.
MOHAMAD (dua dari kiri) menerima pelukan tahniah selepas mendapat 12,706 undi menewaskan Karim yang meraih 10,677 undi dalam persaingan satu lawan satu, malam tadi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia