Harian Metro

Tutup secara berperingk­at

Lebih banyak jalan utama di Selangor akan ditutup bagi mengurangk­an pergerakan

- Oleh Ruwaida Md Zain am@hmetro.com.my

Polis Selangor akan melaksanak­an penutupan lebih banyak lagi jalan utama secara berperingk­at bagi memudahkan kawalan pergerakan orang awam di negeri ini susulan wabak Covid-19.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, penutupan jalan itu bagi memastikan pergerakan keluar masuk hanya melalui sekatan jalan raya sahaja supaya polis boleh buat tapisan bagi mengelakka­n mereka yang tidak perlu melakukan pergerakan.

“Laluan yang akan ditutup sekarang ini dalam proses, ada beberapa laluan seperti Kota Damansara, Petaling Jaya yang sudah dimulakan dan saya mengarahka­n beberapa Ketua Polis Daerah untuk membuat perancanga­n bagi penutupan jalan itu.

“Kita akan buat pengumuman dan akan memaklumka­n jalan yang ditutup itu kepada orang ramai.

“Memang agak menyusahka­n, mungkin ada yang terpaksa melalui jalan jauh, tetapi hakikatnya kita hendak kawal pergerakan untuk kepentinga­n semua pihak,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini, semalam.

Arjunaidi berkata, penutupan itu bagi mengurangk­an seberapa yang boleh pergerakan yang tidak diperlukan orang awam.

“Jadi mereka hanya keluar masuk melalui sekatan sahaja supaya boleh buat tapisan bagi mengelakka­n mereka yang tidak perlu melakukan pergerakan.

“Setakat ini empat lima jalan ditutup dan akan ditambah lagi secara berperingk­at. Ini bagi mengkaji langkah itu baik atau timbulkan masalah dan kedua mengelakka­n kejutan kepada orang awam,” katanya.

Dalam sidang media sama, beliau mengingatk­an pihak yang terbabit dalam essential services tidak menyalahgu­nakan surat kebenaran yang diberikan. “Tolong guna sebaik mungkin pengecuali­an diberikan itu, jangan guna untuk tujuan lain. Kalau

kita dibenarkan menguruska­n syarikat atau apa-apa berkaitan essential services, itu sahaja pergerakan yang kita perlu lakukan bukannya untuk tujuan lain,” katanya.

Sementara itu katanya, orang awam terutamany­a di daerah Hulu Langat diingatkan tidak panik susulan arahan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD) di daerah itu.

“Saya harap orang ramai jangan panik bila kita sebut daerah Hulu Langat, bukan bermakna seluruh daerah tetapi ia cuma membabitka­n beberapa kampung kira-kira 5 kilometer radius sahaja.

“Ini membabitka­n iaitu Kampung Batu 21, Kampung Batu 22, Kampung Batu 23, Kampung Batu 24 dan Kampung Gurney serta dua perkampung­an Orang Asli iaitu Kampung Gabai dan Paya Lebar.

“Di kawasan Sungai Lui, terdapat penyebaran wabak yang agak serius jadi kita minta orang awam terutama sekali penduduk sekitar agar beri kerjasama sepenuhnya kepada agensi yang ditugaskan di kawasan berkenaan untuk mengelakka­n penyakit ini merebak,” katanya.

Beberapa laluan seperti Kota Damansara, Petaling Jaya dalam proses penutupan

 ??  ?? NADZIM
SEORANG pelanggan melintasi mesin di pintu masuk Malakat Mall.
NADZIM SEORANG pelanggan melintasi mesin di pintu masuk Malakat Mall.
 ??  ?? PERGERAKAN keluar masuk hanya dibenarkan melalui sekatan jalan raya sahaja.
PERGERAKAN keluar masuk hanya dibenarkan melalui sekatan jalan raya sahaja.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia