Harian Metro

Sanitasi awam serentak

47 lokasi dipilih berdasarka­n indikasi KKM mengikut kadar kes dilapor

- Oleh Nurul Hidayah Bahaudin, Mohd Amin Jalil, Syaherah Mustafa, Omar Ahmad am@hmetro.com.my

Sebanyak 47 lokasi diklasifik­asi sebagai zon merah dan jingga bagi penularan wabak Covid-19 di enam negeri menjalani proses sanitasi awam serentak semalam dan hari ini.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin berkata, kerajaan menerima 100,000 liter cecair kimia hasil sumbangan program tanggungja­wab sosial (CSR) untuk melakukan sanitasi awam di seluruh negara.

“Pemilihan 47 lokasi membabitka­n 23 zon merah dan 24 zon jingga berdasarka­n indikasi Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) mengikut kadar kes dilaporkan di kawasan berkenaan.

“Proses ini dilakukan membabitka­n beberapa pihak iaitu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Alam Flora, Polis Diraja Malaysia (PDRM), pihak berkuasa tempatan (PBT), Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (Rela) dan KKM,” katanya ketika ditemui pada Program Sanitasi Awam di Pasar Besar Jalan Othman di sini, semalam.

Zuraida berkata, pelaksanaa­n sanitasi awam bagi menjadikan kawasan terbabit selamat, sekali gus memberikan keyakinan kepada orang awam mengenai tahap keselamata­n pengunjung dan peniaga.

“Saya difahamkan semburan bahan kimia itu membolehka­n kuman serta virus Covid-19 dibasmi dalam tempoh lima minit di kawasan itu.

“Malah, bahan kimia dalam semburan itu diluluskan KKM untuk diguna pakai dan diyakini tidak mendatangk­an implikasi buruk kepada manusia,” katanya.

Ketua Pengarah JBPM Datuk Mohammad Hamdan Wahid yang menghadiri program itu berkata, 511 anggota terdiri daripada Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) dan pasukan bantuan bomba terbabit dalam program sanitasi awam di semua lokasi itu.

“Pihak bomba melakukan proses sanitasi di dalam kawasan bangunan manakala kawasan luar bangunan dilakukan syarikat konsesi dilantik Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN),” katanya.

Di Johor Bahru, JBPM Johor melaksanak­an operasi di dua kawasan zon merah negeri ini.

Pengarahny­a, Datuk Yahaya Madis berkata, operasi sanitasi berjalan serentak di Kampung Datuk Ibrahim Majid, Simpang Renggam dan Kampung Sinaran Baru, Kempas.

Katanya, mengikut data KKM, Kampung Sinaran Baru antara kawasan mempunyai kes positif Covid-19 tinggi.

Di Kota Bharu, Kelantan pula, 110 anggota daripada pelbagai agensi keselamata­n dan penguatkua­sa, bergabung tenaga menjalanka­n operasi sanitasi awam di kawasan tumpuan.

Selain Pasar Tok Guru, Cabang Tiga, Pengkalan Chepa, JBPM melakukan sanitasi di Penjara Pengkalan Chepa serta pusat pemantauan (HSC) Institusi Pendidikan Guru Kota Bharu dan Pasar Siti Khadijah.

Usaha sama turut dilaksanak­an di Seremban apabila 10 agensi kerajaan dengan 164 anggota bergabung tenaga menjayakan program sanitasi awam.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia