Harian Metro

Vivo sumbang 20,000 penutup mulut

-

Kuala Lumpur: Dalam berdepan krisis penularan wabak Covid-19 di negara ini, topeng mulut dan hidung adalah peralatan sangat penting sehingga mendapat permintaan tinggi di pasaran.

Menyedari perkara ini, vivo Malaysia menyumbang­kan 20,000 penutup mulut dan hidung untuk melawan virus ini terus merebak.

Ketua Pegawai Eksekutif vivo Malaysia, Mike Xu berkata, negara kini berdepan keadaan yang tidak menentu disebabkan oleh Covid-19.

“Sebagai sebuah syarikat teknologi terkemuka, kami terpanggil untuk turut bersama-sama membantu melindungi rakyat di negara ini.

“Kami sedar, permintaan terhadap penutup mulut dan hidung meningkat sehingga sukar untuk mendapatka­nnya.

“Menyedari masalah itu, kami tampil menyumbang­kan penutup mulut dan hidung sebagai pelindung daripada terkena jangkitan pandemik ini,” katanya.

Beliau berkata, usaha ini dijalankan dengan kerjasama Mercy Malaysia yang mempunyai kepakaran menyediaka­n bantuan perubatan, pembanguna­n berkaitan kesihatan dan aktiviti penguranga­n risiko yang mampan bagi masyarakat terdedah dalam keadaan krisis dan bukan krisis.

Menurutnya, vivo Malaysia melahirkan rasa simpati terhadap individu dan keluarga terkena jangkitan wabak ini.

“Kami berharap, mereka kuat untuk hadapi dugaan ini dan diberikan kesembuhan segera.

“Pada masa sama, kami menyokong dan hargai segala langkah yang diambil untuk membendung penyebaran pandemik ini.

“Kata-kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Berat Sama Dipikul, Ringan Sama Dijinjing turut mendorong kami untuk turut bersama-sama membantu demi kesejahter­aan rakyat negara ini,” katanya.

 ??  ?? MIKE (kanan) bersama kakitangan Mercy Malaysia.
MIKE (kanan) bersama kakitangan Mercy Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia