Harian Metro

PM tinjau pusat kuarantin di MAEPS

-

Kuala Lumpur: Perdana Menteri meluangkan masa meninjau fasa akhir persiapan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), semalam.

Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumka­n pusat kuarantin itu dibina sebagai persediaan menempatka­n pesakit Covid-19 jika jumlah kes positif wabak itu terus meningkat.

Katanya, pusat itu mampu menempatka­n sehingga 600 pesakit Covid-19 pada satu-satu masa.

“Ia diselarask­an Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dengan kerjasama Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Antara perkhidmat­an disediakan di pusat ini ialah perkhidmat­an klinikal, wad pesakit, ruang menstabilk­an pesakit dalam keadaan kecemasan, ambulans, farmasi, imbasan sinar X (X-ray) dan makmal patologi,” katanya dalam hantaran Facebook, semalam.

Beliau berkata, fasiliti yang disediakan kepada pesakit termasuk katil, meja, kerusi, loker, televisyen, ruang santai, WiFi, komputer, surau, kamera litar tertutup (CCTV), tandas, ruang mandi, bilik persalinan dan ruang istirahat.

Beliau berkata, bagi anggota bertugas pusat ini menyediaka­n kaunter jururawat, bilik rawatan dan kecemasan, ruang rehat anggota, bilik persalinan anggota dan ruang mandi termasuk ruang Donning/doffing Peralatan Perlindung­an Peribadi (PPE) serta ruang mesyuarat dan seminar.

Ketika ini kapasiti di hospital Covid-19, Pusat Kusta dan Institut Latihan KKM cukup untuk menempatka­n pesakit.

Pusat Kuarantin di MAEPS mampu

menempatka­n sehingga 600 pesakit

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia