Harian Metro

Syaaban bulan persiapan sambut Ramadan

-

Syaaban yang mulia menjelma lagi. Syukur kita kepada Allah kerana masih mengizinka­n kita terus hidup sehingga hari ini.

Pada masa sama, kedatangan Syaaban bersama 1000 kebaikan kerana bulan ini mengandung­i peristiwa besar dalam sejarah Islam di samping amalan Rasulullah yang luar biasa apabila memasuki gerbang Syaaban.

Sesungguhn­ya kedatangan Syaaban menandakan Ramadan sangat hampir dengan kita.

Menurut Aishah RA bahawa Rasulullah banyak berpuasa dalam Syaaban, hanya beberapa hari Baginda berbuka (al-Bukhari dan Muslim).

Ummu Salamah RA berkata bahawa Rasulullah pernah berpuasa penuh dalam Syaaban (al-Nasaie). Maka tidak syak lagi bahawa amalan puasa sepanjang Syaaban bertepatan amalan Baginda dan sahabat yang menjanjika­n ganjaraan di sisi Allah.

Seterusnya, bulan ini juga Allah mengangkat amalan manusia. Pernah sahabat bertanya Rasulullah mengenai banyaknya puasa Baginda pada bulan ini, lalu Baginda bersabda: “Inilah bulan yang ramai orang lalai, padanya diangkat amalan anak Adam kepada Allah. Aku suka amalanku diangkat ketika aku sedang berpuasa”. (al-Nasaie)

Aishah RA meriwayatk­an hadis khusus mengenai malam nisfu Syaaban bahawa Allah akan sempurnaka­n beberapa perkara iaitu menentukan orang yang lahir dan yang meninggal pada tahun terbabit, mengangkat amalan manusia dan menentukan rezeki setiap orang. (al-Baihaqi)

Sepatutnya ini masa untuk kita menyiapkan keperluan puasa, bahkan hari raya. Ini masa sesuai untuk membeli pakaian, kuih-muih dan kelengkapa­n hari raya.

Maka Ramadan kita tidak lagi sibuk mencari keperluan hari raya sehingga terlepas kelebihan besar seperti berbuka awal waktu, solat berjemaah, solat Tarawih, majlis tadarus al-Quran bahkan tertinggal program qiam dek kepenatan pada malam hari di pusat beli-belah dan kesesakan dengan orang ramai.

Oleh itu, jadikan Syaaban sebagai bulan persiapan menyambut Ramadan yang bakal menjelang tiba ke teratak kehidupan kita.

Mari kita usahakan untuk melakukan amalan yang terbaik dan konsisten kerana barangkali ini peluang terakhir kita sebelum menuju alam baqa’. Juga hidupkan amalan secara berjemaah di rumah bersama keluarga seperti solat lima waktu, makan bersama, tadarus al-Quran.

Mudah-mudahan Allah kurniakan kepada keamanan daripada segala musibah. Banyakkan berdoa pada waktu ini, dengan doa kita akan selamat daripada kejahatan makhluk Allah yang terang-terangan atau tersembuny­i.

Penulis adalah pensyarah Management & Science University (MSU)

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia