Harian Metro

Negara kehilangan tokoh akademik

-

Kuala Lumpur: Tokoh akademik negara Prof Emeritus Tan Sri Dr Mohd Rashdan Baba (gambar) meninggal dunia pada jam 6.59 pagi semalam di usia 85 tahun.

Berita kematian disampaika­n oleh anak saudaranya yang juga Ahli Parlimen Kuala Kangsar Datin Mastura Mohd Yazid menerusi laman Facebook rasminya.

“Saya baru menerima berita sedih subuh tadi, pulangnya ke rahmatulla­h bapa saudara saya Allahyarha­m Tan Sri Rashdan Baba. Seorang anak Rembau yang banyak berjasa kepada agama, bangsa dan negara. Seorang pejuang Melayu Aa Ba Ta yang bijak, cekal dan kuat bekerja.

“Terima kasih Pak Ngah kerana mendidik dan mengingatk­an Tura mengenai kecekalan dan pengorbana­n dalam sebuah perjuangan.

Akan Tura abadikan hingga ke akhir hayat. Tura sayang Pak Ngah,” katanya.

Sementara itu, pembantu peribadi kepada Allahyarha­m yang enggan dikenali ketika dihubungi Bernama berkata, Allahyarha­m meninggal dunia di Hospital Ampang Puteri akibat komplikasi beberapa penyakit.

Menurutnya, jenazah Allahyarha­m

disolatkan di Masjid Taman Tun Dr Ismail sebelum dikebumika­n di Tanah Perkuburan Bukit Kiara, Damansara, semalam.

Allahyarha­m meninggalk­an seorang anak perempuan, Datin Dr Rayslida manakala isterinya, Puan Sri Robiyah Abdul Majid telah pun meninggal dunia beberapa tahun lalu.

Ketokohan Allahyarha­m dalam bidang pendidikan terserlah apabila dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 1 September 1969 hingga 31 Mac 1971 sebelum menjawat jawatan sama di Universiti Pertanian Malaysia (kini Universiti Putra Malaysia) (UPM) dari tahun 1971 hingga 1982. - Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia