Harian Metro

Hunus pisau noda ibu tunggal

Lelaki cuba tangkap suspek maut selepas ditikam di perut, dada manakala seorang lagi parah

- Oleh Nor Amalina Alias am@hmetro.com.my NIK ABDULLAH NIK OMAR

Seorang lelaki maut ditikam manakala dua lagi cedera termasuk seorang wanita dipercayai dirogol individu dikenali di sebuah kampung di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 7 pagi, suspek dikatakan memecah masuk rumah ibu tunggal berusia 40-an sebelum dipercayai merogol mangsa yang tidur di dalam bilik.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner, Abdullah Mohammad Piah berkata, mangsa yang mempunyai lima anak memaklumka­n suspek berusia 19 tahun meletakkan pisau di tengkuk mangsa sebelum merogolnya.

“Selepas dirogol, suspek cuba melarikan diri namun ibu tunggal menjerit menyebabka­n dua lelaki yang tidur di ruang tamu dan dapur rumah terjaga dan cuba menangkap suspek.

“Dalam cubaan itu, lelaki berusia 28 tahun maut ditikam di perut dan dada manakala rakannya berusia 25 tahun cedera manakala suspek melarikan diri,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.

Abdullah berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk bedah siasat manakala rakannya yang parah dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk rawatan lanjut.

Katanya, ibu tunggal kematian suami itu tinggal di rumah berkenaan bersama lima anaknya yang berusia dua hingga 17 tahun.

“Kita masih menyiasat hubungan serta kenapa dua lelaki yang meninggal du

FOTO: nia dan cedera itu tinggal di rumah ibu tunggal berkenaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol,” katanya.

Abdullah berkata, susulan kejadian itu, polis memburu seorang lelaki berusia 19 tahun dipercayai terbabit dalam kes berkenaan.

Katanya, remaja berkenaan dikenali sebagai Ahmad Azwanizam Zamri, 19, dipercayai tinggal di sekitar Bachok.

Katanya, mana-mana pihak yang mengenali remaja itu diminta hadir ke balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

Selepas dirogol, suspek cuba melarikan diri namun ibu tunggal menjerit

Abdullah

 ??  ??
 ??  ?? ANGGOTA polis mengangkat mayat mangsa yang maut ditikam di sebuah kampung di Bachok semalam.
ANGGOTA polis mengangkat mayat mangsa yang maut ditikam di sebuah kampung di Bachok semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia