Harian Metro

Amy tinggalkan Search

-

Penyanyi rock legenda, Amy membuat kejutan apabila mengumumka­n secara rasmi dia angkat kaki meninggalk­an kumpulan Search. Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman berkata, pengundura­n itu adalah untuk kebaikan bersama termasuk memberi peluang kepada anggota Search yang lain untuk mengorak langkah masing-masing tanpa bergantung atau tersekat kerananya.

“Dengan pengumuman ini saya berharap saya tidak menghalang perjalanan atau karier anggota sedia ada,” katanya.

Ia rentetan kenyataan anggota Search dalam sidang media Konsert Apologia Search & Awie baru-baru ini yang memaklumka­n mereka sudah berehat hampir dua tahun tanpa sebarang persembaha­n disebabkan jadual Amy yang padat.

Amy turut mengakui dirinya yang kini sudah melewati usia 62 tahun tidak lagi mempunyai kualiti vokal seperti pada usia 26 tahun.

“Perkara itu (kualiti vokal) terjadi kepada semua penyanyi di seluruh dunia. Saya bukan 26 tahun, tapi 62 tahun. Saya akan menyanyi apabila dipanggil dalam show atau persembaha­n tertutup.

“Saya kira ia sesuai dengan peredaran masa apabila jika dulu peminat yang membesar bersama saya menonton saya menyanyi di konsert, tapi saat usia meningkat banyak yang memilih untuk menyaksika­n persembaha­n secara tertutup,” katanya.

Amy juga tidak menafikan akan terus menyanyika­n lagu Search dalam persembaha­nnya selepas ini apabila ditanya peminat.

Dia bagaimanap­un tidak menjawab soalan peminat yang memintanya untuk membuat konsert terakhir bersama Search sebelum bergerak solo.

Saya berharap saya tidak menghalang perjalanan atau karier anggota sedia ada

Amy

 ??  ??
 ??  ?? AHMAD Azwanizam
AHMAD Azwanizam

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia